• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jaga-Jaga, Sarawak Kesan Kes Varian Afrika Selatan Yang Jadi Kebimbangan WHO

Oleh
Ismail NA
21 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kes tersebut dikesan di Kuching, Sarawak

Jaga-Jaga, Sarawak Kesan Kes Varian Afrika Selatan Yang Jadi Kebimbangan WHO. Pandemik COVID-19 semakin membimbangkan di negara ini. Terbaharu, kes yang dicatatkan di Sarawak turut dikesan mempunyai varian yang menjadi kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kes yang dicatatkan di Sarawak ini merupakan varian yang berasal dari Afrika Selatan (VOC), B.1.351.

Perkara ini dimaklumkan oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mengesan terdapat 7 kes varian tersebut di daerah Kuching. Kes terawal yang diuji positif dengan varian tersebut adalah melalui ujian calitan RT-PCR pada 26 April dan 6 Mei yang lalu.

Jaga-Jaga, Sarawak Kesan Kes Varian Afrika Selatan Yang Jadi Kebimbangan WHO
Jaga-Jaga, Sarawak Kesan Kes Varian Afrika Selatan Yang Jadi Kebimbangan WHO

Sehingga kini, pihak IKPK yang diketuai oleh Dr. David Perera memaklumkan bahawa mereka mengesan kes-kes tambahan V3 P3 di Samarahan dan Sibu. Selain itu, varian B. 1.530 juga merupakan varian yang dominan di Miri dan Kuching. Malah, varian ‘Pasai’ B.1.466.2 kini terus tersebar di seluruh Sarawak.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi SOP dengan lebih ketat, serta mengikuti garis panduan terutamanya pemakaian pelitup separuh muka, selalu menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Masa yang genting untuk Sarawak capai imuniti berkelompok

Bukan itu sahaja, sekarang adalah masa yang genting untuk Sarawak serta seluruh Malaysia, amnya untuk mencapai imuniti berkelompok menerusi program vaksinasi. Rakyat di Sarawak juga digesa untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksinasi.

Pihak IKPK menjelaskan bahawa varian B.1.470 dan B.1.524 sebagai varian yang tersebar semasa gelombang ketiga (September hingga November, 2020) dan varian B.1.470, B.1.524 serta B.1.466.2 tersebar semasa gelombang keempat (Disember 2020 dan seterusnya) di Sarawak.

Jaga-Jaga, Sarawak Kesan Kes Varian Afrika Selatan Yang Jadi Kebimbangan WHO
Foto : The Borneo Post

Varian Pasai B.1.446.2 pula berkongsi mutasi dengan varian UK B.1.1.7 dan telah menyebabkan peningkatan jangkitan. Manakala, varian (VOI) B.1.1.28.3 atau varian P3 di daerah Kuching dan Samarahan. Varian ini pada asalnya dikesan berasal dari Filipina pada Mac tahun ini dan dikenal pasti sebagai varian dalam kes-kes import ke UK.

Varian P3 pula merupakan varian mutasi berganda iaitu mutasi E484K dikongsi dengan varian Afrika Selatan B.1.351 dan mutasi N501Y berkongsi dengan varian B.1.1.7 UK.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja Buruh Rogol Kekasih Remaja 13 Tahun, Berdepan 6 Tahun Penjara
Next Article Pergerakan Semasa Hari Raya Penyebab Kuching Jadi Penyumbang Terbesar Kes Positif COVID19 Sarawak Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?