• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pekerja Pos Di Jerman Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian

Oleh
Ismail NA
7 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sampai sebegitu sekali ya.

Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian. Ada di antara anda yang meminati durian? Jika ditanya kepada majoriti rakyat Asia, ramai yang sudah lali akan bau durian yang kuat dan sedap. Malah, harganya boleh mencecah ratusan ringgit untuk sebiji durian manis dan lunak. Terliur pula kan?

Isi Isi Penting
  • Sampai sebegitu sekali ya.
  • Polis, bomba dan unit kecemasan dikerah ke tempat kejadian
  • Bungkusan durian tersebut rupanya milik seorang lelaki berusia 50 tahun
  • Dah selalu jadi rupanya
  • Baca lagi kisah menarik di sini :

Tetapi lain pula kisahnya di negara Jerman. 12 orang pekerja pos di bandar Bavarian, Schweinfurt terpaksa dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan setelah dipercayai menghidu bau durian daripada bungkusan yang mereka kendalikan.

Beberapa pekerja lain juga terpaksa diasingkan daripada tempat tersebut akibat tidak tahan menghidu bau menyengat durian tersebut.

Polis, bomba dan unit kecemasan dikerah ke tempat kejadian

Pihak polis, bomba serta unit kecemasan dikerah ke tempat kejadian setelah staf pejabat pos tersebut menyedari bau yang kurang menyenangkan dari sebuah bungkusan.

Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian
Pejabat pos di bandar Bavaria yang dikepung pihak berkuasa.
Kredit : Juice

Disebabkan kandungan bungkusan yang tidak diketahui, kesemua 60 orang pekerja diarah untuk meninggalkan bangunan dengan segera sebelum bungkusan tersebut dibuka.

Pihak polis Schweinfurt juga memberitahu bahawa langkah tersebut terpaksa dibuat kerana kandungan bungkusan itu mungkin mendedahkan orang awam kepada risiko yang tinggi.

Bungkusan durian tersebut rupanya milik seorang lelaki berusia 50 tahun

Setelah dibuka, ternyata bungkusan tersebut mengandungi buah durian Thailand milik seorang lelaki berusia 50 tahun yang tinggal di bandar berkenaan. Bungkusan tersebut dihantar oleh rakannya dari Nuremberg.

Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian
Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian

12 pekerja pos yang terlibat mengalami gejala mual dan dirawat di tempat berkenaan manakala 6 orang lagi dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam insiden tersebut, 6 ambulans, 5 kereta unit respon awal dan 2 kenderaan kecemasan hadir ke tempat kejadian. Bukan itu sahaja, 3 jabatan bomba yang berlainan juga dikerah ke tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, bungkusan berisi durian tersebut tetap dihantar ke pemiliknya.

Dah selalu jadi rupanya

Menurut CNN, kes durian ini bukanlah yang pertama menyebabkan panik di negara barat. Tahun lalu, staf di perpustakaan University of Canberra telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan kerana disyaki terdapat kebocoran gas.

Namun, penemuan akhirnya mendapati bahawa ia adalah bau yang dihasilkan oleh gas tersebut.

Pada November 2018 pula, sebuah penerbangan di Indonesia dengan muatan durian di dalam kargo terpaksa mendarat selepas penumpang mengadu bau durian yang kuat di seluruh kabin.

Walau pun buah durian adalah buah yang digemari oleh orang Asia, namun kebanyakan polisi di sini melarang buah durian untuk dibawa masuk dalam hotel, pengangkutan awam bahkan dipos menggunakan syarikat kurier.

Kalau di sini, siap buat tempoyak lagi. Apa-apa pun, tak hairanlah mengapa ia digelar raja buah.

Baca lagi kisah menarik di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayar Tempat Duduk Flight Tepi Tingkap, Tapi Diambil Orang Lain Sebab Nak Duduk Dengan Anak Bayar Tempat Duduk Flight Tepi Tingkap, Tapi Diambil Orang Lain Sebab Nak Duduk Dengan Anak
Next Article Hanya Di Sarawak, Tradisi Pakai Baju Raya 7 Hari Berturut-Turut Kekal Hingga Kini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?