• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Pendidikan Tinggi B40 Sarawak Bakal Terima Elaun RM 15,000 Setahun

Oleh
Husna Hazmi
28 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Inisiatif ini di bawah skim pendidikan percuma Sarawak

Pelajar Pendidikan Tinggi B40 Sarawak Bakal Terima Elaun RM 15,000 Setahun. Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di Sarawak bakal menikmati elaun RM15,000 setahun di bawah Sarawak Free Tertiary Education Scheme (FTES), yang dijangka dilaksanakan bermula tahun 2026.

Menurut satu pekeliling dalaman Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang dilihat oleh The Borneo Post, skim ini akan diberikan kepada pelajar dari isi rumah dengan pendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

Pelajar Pendidikan Tinggi B40 Sarawak Bakal Terima Elaun RM 15,000 Setahun
Pelajar Pendidikan Tinggi B40 Sarawak Bakal Terima Elaun RM 15,000 Setahun. Sumber gambar: The Vibes

Meliputi bidang pengajian utama

Lebih menarik, skim ini bukan sahaja menawarkan pendidikan percuma, tetapi turut meliputi bidang pengajian utama seperti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Undang-Undang, Perubatan, Perakaunan dan Kewangan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, mengesahkan ketulenan pekeliling tersebut tetapi menjelaskan bahawa garis panduan rasmi bagi FTES masih dalam proses pemuktamadan.

Pelajar Pendidikan Tinggi B40 Sarawak Bakal Terima Elaun RM 15,000 Setahun
Sumber gambar: Afterschool.my

Skim ini hanya terpakai untuk:

Menurut pekeliling itu, skim ini hanya terpakai untuk Anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi milik Sarawak, termasuk Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University Malaysia, University of Technology Sarawak, dan iCATS University College.

Kerajaan negeri dijangka mengumumkan butiran penuh skim ini selepas semua garis panduan dimuktamadkan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Patung Ikonik Kucing Padungan Segak Berbaju Melayu Hijau, Lambang Perpaduan Raya Sarawak
https://www.iloveborneo.my/kenderaan-barangan-dilarang-raya/
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Patung Ikonik Kucing Padungan Segak Berbaju Melayu Hijau, Lambang Perpaduan Raya Sarawak
Next Article Kerajaan Pertimbang Sistem Dua Harga RON95, MyKad Jadi Mekanisme Subsidi Bersasar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?