“Pelajar Borneo Menangis,” Pelajar Universiti Bengang Perlu Balik Saat Akhir Hanya Untuk Peperiksaan. Baru-baru ini, seorang pelajar universiti berkongsi di Twitter kemarahannya kerana dikehendaki menghadiri kampus secara fizikal untuk peperiksaan akhir.
Walaupun pada atas permukaan ia seperti bukan masalah besar, apa yang memburukkan perkara itu adalah para pelajar universiti berkenaan telah memahami mereka tidak perlu tinggal di kampus sepanjang semester dan dibenarkan pulang. Namun, pengumuman di saat akhir yang menyatakan bahawa mereka dikehendaki kembali ke kampus secara fizikal semata-mata untuk menghadiri peperiksaan membuatkan ramai pelajar terutama yang tinggal di Sarawak dan Sabah berang.
“Ingat campus tu depan rumah kami? Students Borneo crying,” – netizen
Menurut @aasniza menerusi Twitter, universitinya (yang difahamkan adalah sebuah universiti awam) telah mengeluarkan pengumuman pada 27 Mei lalu yang menyatakan pelajar berasaskan sains dikehendaki kembali ke kampus hanya untuk peperiksaan akhir.
Menurut pengumuman itu, pelajar yang terjejas dikehendaki pulang ke kampus dari 7 hingga 19 Jun, iaitu kurang daripada sebulan dari pengumuman, untuk mereka membuat persiapan kewangan bagi membeli tiket penerbangan mampu milik.
Ia juga difahamkan bahawa membeli tiket penerbangan pada saat-saat akhir adalah sangat mahal, justeru menjadikannya hampir mustahil bagi sesetengah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mematuhi pengumuman itu.
ingat campus tu depan rumah kami ? students Borneo cryingggg 🥲🥲 ONLY FOR FINAL EXAM FACE TO FACE ?!!!!!! pic.twitter.com/8MUK4rLnp8
— icenizaa (@aasniza_) May 27, 2022Pelajar lain meluahkan rasa marah mereka
Rata-rata pelajar lain turut memahami perasaan pengguna Twitter berkenaan, dengan ramai menyatakan pengumuman itu terlampau last minute dan menyusahkan mereka kerana betapa mahalnya tambang penerbangan jika dibeli pada saat akhir.
Semoga para pelajar yang terjejas dapat berbincang dengan pihak pengurusan universiti untuk mencari cara bagi mengatasi masalah ini.
