• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Portal di Bintulu Lapor Individu Tular ‘Pembuli Jalan’ Telah Ditahan

Oleh
Ismail NA
30 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tewas di bumi Bintulu jua – Portal Bintulu

Portal di Bintulu Lapor Individu Tular ‘Pembuli Jalan’ Telah Ditahan. Sejak semalam, tular seorang individu yang memandu kenderaan jenis Toyota didakwa mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain apabila didakwa memandu secara perlahan dan cuba untuk memotong kenderaan lain yang ingin memotong.

Isi Isi Penting
  • Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tewas di bumi Bintulu jua – Portal Bintulu
  • Kenderaan mewah itu telah berada di balai polis trafik Bintulu
  • Miliki saman tertunggak sebanyak RM 6K
  • Jika anda terlepas cerita ini, anda boleh membaca artikel sebelum ini di pautan berikut:

Perbuatan terbabit telah berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya yang menghadapi kesukaran untuk memandu akibat perbuatan lelaki terbabit dan memuat naiknya di laman sosial sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kenderaan mewah itu telah berada di balai polis trafik Bintulu

Hari ini, pihak polis Bintulu telah berjaya mengesan lelaki terbabit berserta kenderaannya yang digunakannya. Meskipun belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat polis Bintulu, namun berita ini telah dikhabarkan oleh sebuah portal terkemuka di bahagian tersebut.

Menerusi hantaran portal tersebut di laman Facebook, kenderaan Toyota MarkX yang bernombor pendaftaran QM 8090 C sudah ditahan bersama pemandunya dan kini berada di Balai Polis Bintulu.

Portal di Bintulu Lapor Individu Tular 'Pembuli Jalan' Telah Ditahan
Portal di Bintulu Lapor Individu Tular ‘Pembuli Jalan’ Telah Ditahan. Sumber: FB Bintulu News Page
Portal di Bintulu Lapor Individu Tular 'Pembuli Jalan' Telah Ditahan
Sumber: FB Bintulu News Page
Portal di Bintulu Lapor Individu Tular 'Pembuli Jalan' Telah Ditahan
Sumber: FB Bintulu News Page
Portal di Bintulu Lapor Individu Tular 'Pembuli Jalan' Telah Ditahan
Sumber: FB Bintulu News Page
Portal di Bintulu Lapor Individu Tular 'Pembuli Jalan' Telah Ditahan
Sumber: FB Bintulu News Page

Miliki saman tertunggak sebanyak RM 6K

Menerusi semakan awam yang dibuat oleh netizen,kenderaan bernombor plat tersebut didapati mempunyai saman tertunggak sebanyak RM 6,000!

Portal di Bintulu Lapor Individu Tular 'Pembuli Jalan' Telah Ditahan

Untuk pengetahuan anda, suspek disyaki merupakan individu yang pernah hilang di Gunung Singai beberapa tahun yang lalu dan pernah melakukan kerosakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak polis kerana cekap menjalankan tugas menangkap inidvidu yang mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa orang ramai di jalan raya.

Jika anda terlepas cerita ini, anda boleh membaca artikel sebelum ini di pautan berikut:

SUMBER :FB Bintulu News Page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Pelajar Borneo Menangis," Pelajar Universiti Bengang Perlu Balik Saat Akhir Hanya Untuk Peperiksaan “Pelajar Borneo Menangis,” Pelajar Universiti Bengang Perlu Balik Saat Akhir Hanya Untuk Peperiksaan
Next Article Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?