• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelajar Dakwa Cedera Dirotan Guru 10 Kali Gara-Gara Tidak Solat Terawih

Oleh
Husna Hazmi
24 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Terdapat kesan kecederaan pada pelejar berkenaan

Pelajar Dakwa Cedera Dirotan Guru 10 Kali Gara-Gara Tidak Solat Terawih. Dipetik dari Sinar Harian, pihak polis telah mengesahkan bahawa pihak mereka menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar kolej vokasional di Rompin, Pahang yang cedera didakwa dirotan guru dalam kejadian pada Jumaat.

Mangsa yang juga merupakan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dikatakan mengalami kecederaan akibat dipukul sebanyak 10 kali oleh guru yang juga warden asrama sekolah berkenaan.

Pelajar Dakwa Cedera Dirotan Guru 10 Kali Gara-Gara Tidak Solat Terawih
Pelajar Dakwa Cedera Dirotan Guru 10 Kali Gara-Gara Tidak Solat Terawih. Gambar sekadar hiasan

Berlaku di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof, kejadian dikatakan berlaku pada jam 7.45 pagi di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej tersebut.

Beliau berkata, mangsa mendakwa telah dirotan oleh guru tersebut yang juga warden asrama bersama rakan-rakannya yang lain kerana tidak menyertai solat tarawih.

Pelajar Dakwa Cedera Dirotan Guru 10 Kali Gara-Gara Tidak Solat Terawih
Sumber foto: mykmu.net

Terdapat kesan kecederaan di belakang badan, punggung dan lengan kanan pelajar terbabit dipercayai dirotan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad hari ini.

Jelas beliau, mangsa telah datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin pada jam 5.33 petang pada hari sama ditemani ibu saudaranya.

Beliau berkata kejadian tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

KPM Tidak Kompromi Buli, Sedia Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia
Ugut Bunuh Nenek, Remaja Diperintah Berkelakuan Baik, Kekasih Dipenjara 8 Bulan Di Kuching
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Tak Dapat Keluar Pagar’, Netizen Puji Idea Kreatif Halang Kucing Keluar Rumah
Next Article Rifdean Masdor Idam Kontrak, Tali Pinggang Keramat ONE Championship Rifdean Masdor Idam Kontrak, Tali Pinggang Keramat ONE Championship

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?