• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelajar Dedah Terima Elaun RM10K Sebulan Dari Ibu Bapa Raih Perhatian Netizen

Oleh
Farisha
22 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Elaun ‘mewah’ pelajar jadi bulan netizen

Pelajar Dedah Terima Elaun RM10K Sebulan Dari Ibu Bapa Raih Perhatian Netizen. Baru-baru ini, tular satu hantaran menunjukkan beberapa pelajar universiti berkongsi tentang wang saku bulanan mereka.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @Cha Loud, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang hairan dengan jumlah wang saku yang diterima pelajar masa kini berbanding zaman dahulu.

Pelajar Dedah Terima Elaun RM10K Sebulan Dari Ibu Bapa Raih Perhatian Netizen
Pelajar Dedah Terima Elaun RM10K Sebulan Dari Ibu Bapa Raih Perhatian Netizen

Dalam rakaman tersebut, Cha Loud menemu bual beberapa orang pelajar tentang elaun bulanan mereka. Kebanyakan pelajar menyatakan jumlah yang berpatutan, namun dua orang pelajar menarik perhatian ramai apabila mendedahkan jumlah yang agak tinggi – seorang menerima RM10,000 dan seorang lagi antara RM5,000 hingga RM7,000 sebulan.

Apabila ditanya tentang jumlah yang dianggap mencukupi untuk kehidupan selesa sebagai pelajar, pelajar yang menerima RM5,000-RM7,000 menyatakan bahawa RM3,000 sudah memadai.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman mereka sendiri dan membandingkan dengan elaun yang mereka terima dahulu. Segelintir netizen hairan bagaimana mereka boleh bertahan dengan elaun yang kecil semasa zaman belajar.

Salah faham soalan punca kontroversi

Selepas melihat reaksi orang ramai, Cha Loud tampil menjelaskan keadaan sebenar. Beliau menerangkan bahawa pelajar yang menyebut RM10,000 itu sebenarnya tersalah faham soalan yang diajukan, di mana pelajar tersebut menyangka soalan itu merujuk kepada elaun satu semester dan bukannya sebulan.

Pelajar tersebut yang berasal dari Sabah perlu menggunakan sebahagian besar elaunnya untuk kos penerbangan balik ke kampung.

Cha Loud turut menegur netizen yang sering mempersoalkan jumlah elaun pelajar-pelajar tersebut, dengan menyatakan bahawa setiap pelajar berhak menerima apa sahaja jumlah yang mampu diberikan oleh ibu bapa mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Di Media Sosial, Guru Sabah Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Raih Pujian Netizen
Tular Senarai Harga Daging Buaya Di Sarawak Tarik Perhatian Netizen
SUMBER :TikTok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Blok Hangus, SMK Lawas Musnah Dalam Kebakaran
Next Article Wakil Malaysia Miss Grand International 2024 Peragakan Keunikan Warisan Sarawak Wakil Malaysia Miss Grand International 2024 Peragakan Keunikan Warisan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?