• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Di Media Sosial, Guru Sabah Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Raih Pujian Netizen

Oleh
Farisha
20 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Guru Sabah berusaha mengekalkan warisan tulisan jawi

Tular Di Media Sosial, Guru Sabah Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Raih Pujian Netizen. Guru Bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Bawang K9, Lorenica Frenila Masundim, telah mencuri tumpuan ramai apabila video beliau mengajar tulisan Jawi tersebar di media sosial.

Guru berketurunan Rungus ini menekankan bahawa tulisan Jawi adalah warisan bersama rakyat Malaysia yang perlu dipelihara tanpa mengira kaum dan agama.

Tular Di Media Sosial, Guru Sabah Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Raih Pujian Netizen
Sumber foto: Bernama. Tular Di Media Sosial, Guru Sabah Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Raih Pujian Netizen

Menurut laporan media tempatan, Lorenica yang berusia 34 tahun, tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab bukan sahaja mempunyai nilai artistik, malah merupakan sebahagian daripada sejarah dan budaya Melayu yang pernah menjadi medium komunikasi utama pada zaman dahulu.

Walaupun bukan seorang Muslim, beliau telah mempelajari tulisan Jawi semasa menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu dari tahun 2008 hingga 2013. Anak jati Paitan ini berpendapat pembelajaran tulisan Jawi tidaklah rumit kerana sistem ejaannya telah disesuaikan dengan bahasa Melayu.

Sejak 2020, tulisan Jawi telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 hingga 6. Mengambil tanggungjawab ini dengan serius, Lorenica mula mengajar tulisan Jawi kepada pelajar Tahun 4 dan 5 pada tahun 2022. Beliau sering merujuk kepada rakan-rakan guru Muslim, laman web, dan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meningkatkan pengetahuannya.

Video beliau menulis peribahasa ‘Bagai Aur Dengan Tebing’ dalam tulisan Jawi telah menarik perhatian ramai, termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Sebagai pendidik, Lorenica percaya bahawa pembelajaran tulisan Jawi dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyeru agar warisan ini terus dipelihara untuk generasi akan datang.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Wanita Selamatkan Kucing Dari Banjir Di Sabah Raih Pujian Netizen
Selesa Dan Bersih, Pengurusan Surau AEON Di Kuching Ini Raih Pujian Netizen
SUMBER :The Borneo PostBERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Buah Kereta Kena Pecah Cermin Di Tempat Letak Kenderaan Berhadapan Majma Mall Kuching
Next Article Ini Cara Tebus Baucar RM3000 Untuk Pakej Laptop Dan Printer Bagi Anak Sarawak Ini Cara Tebus Baucar RM3000 Untuk Pakej Laptop Dan Printer Bagi Anak Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?