• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar IPT Dibenar Pulang Ke Rumah Sempena Hari Raya Aidilfitri Kecuali SARAWAK

Oleh
ILB - AI
29 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Selalu Beri Keputusan Saat Akhir, Para Pelajar IPT Berang Dengan Keputusan Terbaharu KPT

Kenyataan media tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Pelajar IPT Dibenar Pulang Ke Rumah Sempena Hari Raya Aidilfitri Kecuali SARAWAK. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebentar tadi memuatnaik kenyataan media mengenai pergerakan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang sempena cuti perayaan Aidilfitri 2021.

Dalam kenyataan media tersebut, Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 28 April 2021 telah bersetuju untuk membenarkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke rumah masing masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali Sarawak.

Menurut kenyataan media tersebut juga, para pelajar turut diberi pilihan sama ada untuk pulang ke kediaman masing masing atau terus kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut. Kebenaran ini juga adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan.

Pihak KPT juga telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan pelajar adalah terkawal. Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing masing ialah pada 7 sehingga 12 Mei 2021 dan pergerakan pelajar kembali ke kampus ialah pada 15 sehingga 20 Mei 2021.

Untuk tujuan ini juga, pihak IPT masing masing akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas daerah/negeri dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

Pergerakan pulang pelajar IPT akan dibenarkan dengan menggunakan 3 kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT. Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan aidilfitri ini dianggarkan melibatkan seramai 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar. Pelajar pelajar ini terdiri daripada 6 kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di kampus sebelum ini.

Prosedur Operasi Standard untuk pergerakan pelajar IPT pulang sempena cuti perayaan adalah seperti di bawah :

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Khairulming Kongsi Dugaan Sambal Nyet Diciplak Oleh Individu Tidak Bertanggungjawab
Next Article Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?