• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020

Oleh
Ismail NA
29 April 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Lebih membanggakan, Malaysia tahun ini diwakili oleh wanita berdarah Dayak yang pertama dalam pertandingan tersebut.

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020. Seperti yang diketahui ramai, ratu cantik Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James bakal mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut yang bakal diadakan di Florida, Amerika Syarikat pada 16 Mei ini.

Isi Isi Penting
  • Lebih membanggakan, Malaysia tahun ini diwakili oleh wanita berdarah Dayak yang pertama dalam pertandingan tersebut.
  • Boleh bertukar dalam masa 30 saat walaupun sarat dengan elemen kampung
  • Seberat 45 kg, replika rumah kampung ini ambil masa 3 bulan untuk disiapkan
  • Mitos Puteri Sejinjang Sarawak ilham evening gown Francisca
  • Nak tengok dengan lebih dekat personaliti dan cerita Miss Universe Malaysia 2020 ini? Tonton video eksklusif yang pernah kami terbitkan bersama beliau di sini :
  • Baca juga artikel berkaitan di sini :

Dalam pertandingan tersebut, salah satu segmen yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai adalah segmen kostum nasional di mana setiap ratu cantik akan memperagakan kostum ekstravaganza yang bertemakan identiti negara yang mereka wakili.

Untuk edisi kali ini, Francisca Luhong bakal memperagakan kostum nasional yang bertemakan replika rumah kampung 3 dimensi yang megah dan sarat dengan memori kebanyakan rakyat Malaysia.

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020
Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020
Sumber : IG @missuniversemalaysia

Kostum nasional ini direka oleh pereka tempatan iaitu Carven Ong dan diberi nama ‘Kampungku’. Semasa sidang media pengenalan kostum nasional ini, tema ini dipilih untuk mengangkat seni reka bentuk tradisional Malaysia dan kenangan nostalgia rakyat Malaysia di dalamnya. Beliau mendapat ilham tema ini semasa beliau mengimbas semula kenangannya pulang ke kampung halaman di Ipoh Perak dan sentiasa melihat rumah kampung yang masih gah dan utuh di sana.

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020
Gambaran rumah kampung Malaysia karya Nadiah Najib via Pinterest.

Memandangkan ramai yang tidak dapat pulang ke desa akibat pandemik COVID-19, Carven mahu karyanya menjadi tatapan dan kenangan nostalgia untuk orang ramai mengubati kerinduan mereka.

Carven juga merupakan pereka kostum nasional untuk Miss Universe Malaysia 2019 dengan tema Peranakan Indulgence.

Boleh bertukar dalam masa 30 saat walaupun sarat dengan elemen kampung

Bukan itu sahaja, kostum nasional ini menjanjikan kejutan buat para juri dan penonton di mana terdapat dua sisi yang bakal ditampilkan kostum ini. Sisi yang pertama adalah bentuk replika, basikal serta rumah kampung berwarna hitam dan putih dengan Francisca bakal mengenakan baju kaftan dengan tema warna yang sama. Konsep ini menyampaikan mesej memori anak muda yang segar dan indah berdasarkan gambaran komik pelukis terkenal, Dato’ Lat.

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020
Sumber : IG @missuniversemalaysia

Setelah itu, Francisca dikatakan bakal bertukar ke sisi kedua kostum yang hanya mengambil masa selama 30 saat. Untuk sisi kedua kostum nasional ini, beliau akan mengenakan gaun ceria gaya off-shoulder dengan fabrik kaum Iban iaitu Pua Kumbu berserta corak dan motif batik Melayu dan Orang Ulu. Warna jingga menjadi pilihan untuk gaun kostum ini yang mewakili warna pemandangan matahari terbenam dan dihiasi dengan manik kayu kerawang yang berwarna emas sebagai pengiktirafan kepada asal usul Sarawak ratu cantik Miss Universe ini.

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020
Sumber : IG @missuniversemalaysia

Bukan itu sahaja, sisi kedua kostum nasional ini juga bakal diserikan lagi dengan hiasan kepala patung Barbie berpakaian ratu cantik dengan motif Sarawak yang dihasilkan khas oleh Wesley Hilton. Untuk pertukaran kedua ini, replika rumah kampung masih dikekalkan tetapi ditampilkan dengan gambaran yang berwarna warni, meriah dan tidak ketinggalan, terdapat elemen kampung seperti buah kelapa dan replika ayam. Malah, elemen tikar mengkuang juga turut dimasukkan bagi menyerlahkan lagi suasana kampung.

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020
Sumber : IG @missuniversemalaysia

Seberat 45 kg, replika rumah kampung ini ambil masa 3 bulan untuk disiapkan

Pereka kostum nasional ini iaitu Carven Ong dikatakan mengambil masa selama 3 bulan untuk menyiapkan karya agung ini bersama rakan pereka, Wescara. Kostum nasional ini secara keseluruhannya mempunyai berat sebanyak 45 kg. Bagi memudahkan Francisca bertukar pakaian dengan lancar, bahagian dalaman replika rumah tersebut dilengkapi dengan ruang persalinan bercermin.

Jelas Carven, beliau akan berasa sangat gembira sekiranya Francisca dapat menempatkan dirinya dalam kalangan 10 peserta terbaik.

Mitos Puteri Sejinjang Sarawak ilham evening gown Francisca

Sementara itu, untuk gaun petang atau evening gown (EG) pula, Francisca bakal membawakan gaun berona turqoise rekaan Rizman Ruzaini. Gaun ini direka dengan mengambil inspirasi daripada mitos legenda Sarawak iaitu Puteri Sejinjang.

Berdasarkan mitos Puteri Sejinjang yang bertukar menjadi pulau, juntaian batu pertama pada gaun ini bakal memberikan vibe elegan, mewah dan berkilau sebagaimana butiran pasir apabila disinari cahaya mentari. Siluet berbentuk jam pasir dan belahan tinggi gaun ini bakal menyerlahkan lagi keyakinan Francisca sebagai seorang wanita yang kuat dan menawan semasa berjalan di atas pentas peragaan nanti.

Rumah Kampung 3D Yang Megah Ini Bakal Jadi Taruhan Kostum Nasional Miss Universe Malaysia 2020
Sumber : IG @missuniversemalaysia

View this post on Instagram

A post shared by Miss Universe Malaysia Org. (@missuniversemalaysia)

Francisca Luhong James merupakan wanita berdarah Dayak pertama yang memenangi pertandingan ratu cantik ini. Beliau mempunyai darah campuran 3 bangsa peribumi di Sarawak iaitu Orang Ulu Kayan-Kenyah serta Iban.

Nak tengok dengan lebih dekat personaliti dan cerita Miss Universe Malaysia 2020 ini? Tonton video eksklusif yang pernah kami terbitkan bersama beliau di sini :

Baca juga artikel berkaitan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selalu Beri Keputusan Saat Akhir, Para Pelajar IPT Berang Dengan Keputusan Terbaharu KPT Pelajar IPT Dibenar Pulang Ke Rumah Sempena Hari Raya Aidilfitri Kecuali SARAWAK
Next Article Wanita Hina Hantaran Gadis Sabah Sarawak Mohon Maaf, Terima Ugutan Rogol Dan Santau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?