• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pelajar Kena Seterika Di Badan, Gara-Gara Enggan Salam Senior Lepas Solat

Oleh
Husna Hazmi
25 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Badan mangsa melecur akibat diseterika oleh senior berkenaan

Pelajar Kena Seterika Di Badan, Gara-Gara Enggan Salam Senior Lepas Solat. Dipetik daripada Astro Awani, seorang pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia telah mengalami melecur di bahagian badannya selepas diseterika oleh senior di sekolah berkenaan.

Laporan media tempatan berkata bahawa kejadian tersebut berlaku gara-gara mangsa enggan bersalaman dengan pelaku selepas selesai menunaikan solat.

Pelajar Kena Seterika Di Badan, Gara-Gara Enggan Salam Senior Lepas Solat
Pelajar Kena Seterika Di Badan, Gara-Gara Enggan Salam Senior Lepas Solat. Gambar sekadar hiasan

Mangsa hanya berusia 14 tahun

Mangsa berusia 14 tahun, sementara pelaku yang berasal dari Bali, tua setahun daripadanya.

Pihak polis Kota Semarang, , AKP Aditya Perdana berkata, mangsa telah diseterika di bahagian dada dan lengan sebanyak tiga kali oleh pelaku ketika mereka berada di asrama sekolah

Oleh demikian, pelaku kini bakal berhadapan hukuman selaras dengan undang-undang Republik Indonesia.

Pelajar Kena Seterika Di Badan, Gara-Gara Enggan Salam Senior Lepas Solat
Gambar sekadar hiasan

Didakwa di bawah Undang-Undang Keadilan Juvana

Beliau turut berkata bahawa pelaku bakal didakwa di bawah Undang-Undang Keadilan Juvana kerana dia masih di peringkat bawah umur.

Dalam masa yang sama, Ketua Bahagian Pendidikan Madrasah Kementerian Agama, Ahmad Faridi menyifatkan kejadian itu sebagai buli dan ia perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama dalam sektor pendidikan.

Beliau berkata, tindakan buli ini tidak boleh ditoleransi sama sekali, apatah lagi hingga mendatangkan kecederaan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Berang Dikutuk Dari Belakang, Wanita Didenda RM500 Gara-Gara Tampar Rakan
Lelaki Dari Lundu Dipenjara 10 tahun Dan 3 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Bawah Umur

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelakon K-Drama Penthouse, Jo Soo Min Kongsi Foto Bercuti Ke Sabah Buat Peminat Teruja Pelakon K-Drama Penthouse, Jo Soo Min Kongsi Foto Bercuti Ke Sabah Buat Peminat Teruja
Next Article Program MyLesen B2 Tawarkan Lesen Motosikal Mampu Milik Untuk Golongan B40 Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?