• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rekaan Pelajar Sabah Ini Dipilih Jadi Maskot Pameran Seni Antarabangsa Di Australia

Oleh
Nazihah AN
13 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Rekaan Pelajar Sabah Ini Dipilih Jadi Maskot Pameran Seni Antarabangsa Di Australia

Maskot yang ditayangkan di Australia ini rupanya hasil rekaan dari Anak Sabah

Rekaan Pelajar Sabah Ini Dipilih Jadi Maskot Pameran Seni Antarabangsa Di Australia. Siapa sangka, kreativiti seorang pelajar sekolah rendah dari Sabah kini mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa! Dalam satu kejadian yang tidak disangka-sangka, rekaan maskot hasil tangan seorang murid ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia di sebuah pameran seni bertaraf dunia di Australia.

Menurut laporan New Straits Times, maskot yang direka oleh pelajar ini telah menarik perhatian juri dan berjaya menonjol di antara ratusan penyertaan lain dari pelbagai negara. Maskot tersebut, yang diberi nama “Mahu”, menggambarkan semangat keberanian dan nilai murni yang menjadi simbol identiti budaya Malaysia.

Rekaan Pelajar Sabah Ini Dipilih Jadi Maskot Pameran Seni Antarabangsa Di Australia

Bakat dari seorang kanak-kanak dari sekolah kawasan pedalaman

Apa yang lebih mengagumkan ialah murid ini berasal dari sebuah sekolah di kawasan luar bandar Sabah. Dengan latar belakang yang serba sederhana, pelajar ini menghadapi pelbagai cabaran seperti kekurangan akses kepada bahan seni dan keperluan untuk menyeimbangkan tanggungjawab sekolah dengan minatnya dalam seni. Namun, kejayaan ini membuktikan bahawa bakat dan usaha tidak mengenal batasan geografi.

Pemilihan maskot ini untuk pameran seni antarabangsa bukan sahaja satu penghormatan kepada murid tersebut, tetapi juga membuktikan bahawa bakat seni di Malaysia mampu bersaing di peringkat global. “ Tahniah, Hana! Kejayaan anda membawa kebanggaan kepada SK St. Anthony, dan kami mendoakan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Semoga kisah anda memberi inspirasi kepada rakan pelajar anda untuk bermimpi besar dan mengejar minat mereka dengan keazaman.,” tambah pihak sekolah tersebut.

Kejayaan pelajar ini adalah bukti bahawa bakat seni anak-anak Malaysia

Pameran seni yang akan berlangsung di Australia itu dijangka menarik perhatian pengunjung dari seluruh dunia, termasuk peminat seni, artis profesional, dan pemimpin industri kreatif. Maskot “Mahu” ini akan dipamerkan sebagai salah satu karya unggul yang mencerminkan identiti budaya Malaysia.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Kejayaan pelajar ini adalah bukti bahawa bakat seni anak-anak Malaysia, terutama dari Sabah, mempunyai potensi luar biasa untuk diketengahkan di pentas dunia. Semoga ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus berkarya dan mengejar impian mereka tanpa rasa ragu.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Kenali Remy Hii, Anak Sabah Yang Pernah Berganding Dengan Tom Holland Dalam Filem Spiderman
Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Kenapa Suntikan Japanese Encephalitis Diwajibkan Di Sarawak Ini Sebab Kenapa Suntikan Japanese Encephalitis Diwajibkan Di Sarawak
Next Article Misteri Di Batu 7, Penemuan Tengkorak Dan Rangka Manusia Di Jalan Miri-Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?