• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021

Oleh
ILB - AI
30 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Azmier Hisyamuqris, anak kelahiran Lahad Datu yang menyolek wajah milik Miss World 2022

Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021. Tipu kalau kita tidak teruja jika diberi peluang menyolek seseorang yang memiliki nama yang cukup dikenali di mata dunia seperti Miss World, kan? Begitulah keterujaan yang dirasai oleh anak jati Lahad Datu, Sabah ini.

Azmier Hisyamuqris anak kelahiran Lahad Datu, Sabah berasal dari suku kaum Dusun-Idahan ini telah berkongsi keterujaan beliau di akaun Instagram beliau kerana berpeluang menyolek wajah cantik rupawan milik sang ratu dunia, Karolina Bielawska.

Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021
Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021. Sumber gambar: Instagram @azmierhisyamuqris

Telah menampah nama menjadi jurusolek di Semenanjung Malaysia dan Indonesia juga

Jejaka berusia 29 tahun ini bukan sekadar terkenal hanya di Sabah sahaja malah nama nya juga menjadi pilihan untuk menjadi jurusolek untuk nama-nama terkenal dalam industri seni tanahair kita seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Emma Maembong, Ruhainies, Diana Danielle, Amber Chia dan Fathia Latiff.

Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021
Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021. Sumber gambar: Instagram @azmierhisyamuqris

Malah, beliau juga menjadi pilihan untuk menjadi jurusolek artis terkemuka dari negara seberang, Indonesia iaitu Randy Pangalila.

Minat mendalam dan memiliki sentuhan tangan yang ’mahal’

Walaupun bidang pekerjaan beliau ini amat sinonim dengan kaum hawa, namun bagi beliau, minat yang mendalam untuk seni solekan ini telah mendorong beliau untuk menceburi bidang ini.

Oleh kerana tidak semua orang memiliki bakat sedemikian dan dengan sentuhan tangannya yang ‘mahal’ tersebut telah memberi peluang keemasan kepada beliau untuk menyentuh wajah cantik milik sang ratu.

Karolina Bielawska datang ke Sabah untuk Pertandingan Miss World Malaysia 2021

Pada bulan Ogos yang lalu, Karolina yang memegang takhta sebagai Miss World 2021 telah berkunjung ke Malaysia untuk menjadi tetamu khas dalam pertandingan Miss World Malaysia 2022 yang berlangsung di Sabah.

Untuk menghadiri acara ini, Karolina telah disolek oleh Azmier Hisyamuqris. Sungguh halus dan teliti hasil solekan beliau. Menurut beliau juga sehingga ke hari ini, beliau seakan tidak menjangka hal ini akan berlaku.

Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021
Kenali Anak Sabah Azmier Hisyamuqris Yang Merupakan Jurusolek Miss World 2021. Sumber gambar: Instagram @azmierhisyamuqris

Namun, untuk sampai ke tahap ini bukanlah satu perjalanan yang mudah untuk beliau. Panjang proses yang harus dilalui. Pucuk pangkalnya adalah minat yang mendalam, usaha dan kerja keras.

Dengan adanya tekad seperti ini walaupun hanya berkerja di belakang tabir, pasti akan ada peluang dan rezeki yang tidak dijangka akan datang.

Banyak anak muda kelahiran Borneo menerpa nama dalam bidang masing-masing di pentas tempatan mahupun antarabangsa. Boleh baca artikel tentang mereka dibawah:

https://www.iloveborneo.my/pernah-berlakon-dalam-filem-marvel-kenali-anak-kelahiran-sabah-remy-hii/
Autisme Dan ADHD Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Bidang Seni, Kenali Anak Sarawak Bernama Aveen Ini
SUMBER :Instagram @azmierhisyamuqris
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Enak, Mudah Dimasak, Ini 2 Jenama Laksa Sarawak Instant Paling Best Di Pasaran
Next Article Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja Remaja Lelaki Dari Miri Hilang, Ibu Khuatir Jadi Mangsa Culik Dan Sindiket Penipuan Kerja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?