• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Di Sabah Sanggup Reka Cerita Diculik Kerana Enggan Hadir Kelas Mengaji

Oleh
Nazihah AN
3 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelajar Di Sabah Sanggup Reka Cerita Diculik Kerana Enggan Hadir Kelas Mengaji

Remaja Perempuan Dikompaun Selepas Mengaku Tipu Buat Laporan Penculikan

Pelajar Di Sabah Sanggup Reka Cerita Diculik Kerana Enggan Hadir Kelas Mengaji. Seorang pelajar sekolah menengah terperangkap dalam kesusahan apabila dia mengarang cerita palsu mengenai penculikannya untuk mengelak daripada menghadiri kelas mengaji.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan polis mendedahkan bahawa pelajar perempuan berusia 13 tahun dari Kampung Tanjung Aru Baru mereka cerita mengenai dirinya menjadi mangsa penculikan kerana enggan menghadiri kelas mengaji pada Khamis.

Pelajar Di Sabah Sanggup Reka Cerita Diculik Kerana Enggan Hadir Kelas Mengaji
Pelajar Di Sabah Sanggup Reka Cerita Diculik Kerana Enggan Hadir Kelas Mengaji

Pelajar Di Sabah Sanggup Reka Cerita Diculik Demi Mengelak Kelas Agama

“Berdasarkan siasatan dan soal siasat polis, terdapat keraguan terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut. Apabila didesak, akhirnya dia mengaku bahawa cerita penculikan itu adalah rekaan kerana dia takut dimarahi oleh ibu bapanya kerana enggan pergi mengaji,” kata Kasim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati pelajar tersebut merayau-rayau di sebuah pusat membeli-belah sebelum kehadirannya disedari oleh kakitangan keselamatan.

Kasim menasihati remaja dan orang awam supaya tidak mereka cerita yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Membuat laporan palsu juga merupakan suatu kesalahan, kata beliau.

“Perbuatan sebegini juga akan menyebabkan pihak polis mengalami kesulitan kerana akan membuang masa dan tenaga untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, pelajar tersebut diserahkan semula kepada ibu bapanya dan dinasihati supaya tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

Kasim turut mengingatkan orang awam supaya tidak mudah memuat naik gambar atau kenyataan yang tidak disahkan di media sosial kerana ia boleh menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Pada Khamis, sebahagian foto dan kenyataan seorang gadis yang dikatakan menjadi mangsa penculikan menjadi tular di Facebook.

Kenyataan itu mendakwa gadis tersebut berjaya melarikan diri daripada penculiknya yang berada di dalam sebuah van putih di Tanjung Aru.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Balkanico, Pizza Homemade Istimewa Resepi Autentik Dari Itali Di Kuching Balkanico, Pizza Homemade Istimewa Resepi Autentik Dari Itali Di Kuching
Next Article Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?