• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Teknologi Automotif Sabah Raih Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

Oleh
Farisha
30 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar Teknologi Automotif Sabah Raih Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa. Pasukan Teknologi Automotif Kolej Vokasional (KV) Keningau telah meraih pingat emas dalam pertandingan inovasi Kuala Lumpur International Invention & Innovation Symposium 2024 (KL3IS) anjuran Universiti Teknologi Mara dan sebuah persatuan pendidikan di Indonesia yang diumumkan keputusannya pada 24 Julai 2024 melalui saluran secara langsung YouTube. 

Pasukan ini yang terdiri daripada lima orang pelajar telah mendapat anugerah emas dengan inovasi mereka yang dinamakan Oil Vac Pump. Lima orang pelajar ini merupakan pelajar tahun akhir program Teknologi Automotif iaitu Allen Ivannezz Natanel, Jimly Deevun Taraan,  Raysner Freno Rayced, Ardiano Heron H.A Hassan dan  Muhd Idzuddin bin Ajimin.

Pelajar Teknologi Automotif Sabah Raih Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa
Pelajar Teknologi Automotif Sabah Raih Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

Mereka telah merekacipta sebuah alat yang mampu membantu mekanik kereta untuk menukar minyak atau sebarang cecair di komponen-komponen kereta terentu dengan lebih cepat, selamat dan cermat. Ini mampu mengelakkan insiden yang tidak diingini dan pembaziran minyak yang sering tumpah semasa proses penukaran menggunakan prosedur biasa.

Ketua projek tersebut, Allen Ivannezz menyatakan rasa gembira atas pencapaian tersebut kerana ianya merupakan pembakar semangat bagi mereka untuk terus berinovasi lebih-lebih lagi untuk projek tahun akhir mereka di kolej tersebut.

Misi mereka adalah untuk merekacipta inovasi yang dapat membantu komuniti dan projek Oil Vac Pump ini telah dikaji penggunaannya di kedai mekanik kereta di kawasan pedalaman.

Pelajar Teknologi Automotif Sabah Raih Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa
Pelajar Teknologi Automotif Sabah Raih Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pasukan pelajar ini dan berharap warga kolej tersebut akan terus berusaha untuk meningkatkan kaedah pembangunan inovasi agar ianya lebih bermutu tinggi dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Atlet MMA Sarawak, Pang Sze Teng Cipta Sejarah Di Kemboja Dengan Pingat Emas
Abigail Kee Dominasi Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan Dengan Dua Pingat Emas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerjasama Kerajaan Persekutuan Dan Negeri, Sarawak Sedia Jadi Hab Aeroangkasa Di Borneo
Next Article Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?