• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual

Oleh
Farisha
30 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Jangan lepaskan peluang, penjualan tiket ‘Early Bird’ Kuching Jazz Festival 2024 bermula 23 Julai 2024 sehingga esok

Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual. Kuching Jazz Festival 2024 bakal kembali menghiburkan peminat muzik jazz dengan penjualan tiket awal (early bird) yang kini sedang berlangsung. Penganjur festival ini, Hemisphere Corporation, telah mengumumkan bahawa penjualan tiket awal atau ‘Early Bird’ akan bermula pada 23 Julai 2024.

Bagi mereka yang ingin menikmati harga istimewa, tiket ‘Early Bird’ ditawarkan sehingga 31 Ogos 2024. Pada fasa ini, hanya pas 2 hari yang tersedia untuk dibeli. Harga pas dewasa ditetapkan pada RM300, manakala pas kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun ditawarkan pada harga RM150.

Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual
Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual

Selepas tempoh ‘Early Bird’ berakhir, penjualan tiket akan memasuki fasa pra-jualan. Pada fasa ini, pengunjung boleh memilih antara pas 1 hari atau 2 hari. Harga pas dewasa untuk 1 hari ialah RM200, manakala pas 2 hari berharga RM360. Untuk kanak-kanak, pas 1 hari berharga RM100 dan pas 2 hari RM180.

Bagi mereka yang membeli tiket di pintu masuk semasa hari festival, harga pas 1 hari untuk dewasa ialah RM220 dan kanak-kanak RM110. Tiada maklumat mengenai harga pas 2 hari untuk jualan di pintu masuk.

Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual
Penjualan Tiket Early Bird Kuching Jazz Festival 2024 Kini Dijual

Festival Kuching Jazz mendapat sokongan daripada beberapa pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, serta SEDC Sarawak. Acara ini juga disokong oleh beberapa rakan hotel rasmi dan diperkasakan oleh Sarawak Tourism.

Penganjur menggalakkan peminat muzik jazz untuk segera membeli tiket memandangkan jumlah tiket adalah terhad.

Untuk makluman, Kuching Jazz Festival pertama kali diwujudkan oleh SEDC pada 2017 untuk menyediakan platform untuk memberi inspirasi dan memupuk bakat tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini
Setaraf K-pop Idol Dan Ada Vibes ‘Coachella’, Netizen Puji Persembahan Dolla Di Borneo Sonic

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Teknologi Automotif Sabah Raih Pingat Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa
Next Article KKM Haramkan Penjualan Ais Krim Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Koa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?