• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol

Oleh
Husna Hazmi
23 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Jelitawan berdarah Sabah yang berbakat dalam bidang lakonan.

Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol. Pernah tular sebelum ini kerana raut wajahnya sering dikaitkan dengan selebriti terkenal Malaysia iaitu Mira Filzah, Tracie Sinidol merupakan anak kelahiran Sabah yang berbakat dalam bidang lakonan.

Tracie Sinidol juga merupakan juara pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau Tambunan sempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan pada 2021 serta juara Dewi Remaja pada tahun 2022.

Kini Tracie Sinidol bergiat aktif dalam kerjayanya sebagai pelakon dan sedang menerajui watak utama wanita dalam sebuah drama berepisod yang berjudul ‘Luruhnya Bunga Cinta’ di TV3.

Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol. Kredit gambar: FB Official_traciesinidol

Berikut adalah biodata Tracie Sinidol:

  • Nama: Tracie Sinidol (Berketurunan kacukan Murut dan Dusun Sabah)
  • Tarikh Lahir: 24 September 2001 (kini berusia 22 tahun)
  • Tempat Lahir: Sabah
  • Ketinggian: 159 cm
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau Dua.
  • Kerjaya: Pelakon/Model
  • Nama Bapa: Sinidol Stimin
  • Nama Ibu: Veronica Tajin
  • Keluarga: Anak kelima daripada sebelas orang adik beradik.
  • Kejayaan: Juara Unduk Ngadau Tambunan 2021, Juara Dewi Remaja 2022 dan kini aktif sebagai seorang pelakon drama serta telefilem Melayu.
  • Makanan Kegemaran: Hidangan tradisional Sabah Tuhau bersama lada putih.
  • Impian Asal: Ingin menjadi seorang guru.
Kredit gambar: FB Official_traciesinidol

Jelitawan berbakat dalam bidang lakonan

Walaupun telah berasksi dalam beberapa drama dan telefilem seperti One Million Dollar Voice (1MDV), Puaka Cuti Semester, Diari Chinta, Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar, tahun ini merupakan kali pertama Tracie Sinidol memegang watak utama dalam drama berepisod slot Akasia saluran TV3 yang berjudul ‘Luruhnya Bunga Cinta’.

Bukan sekadar memiliki wajah jelitawan namun anak kelahiran Sabah ini juga merupakan seorang gadis muda yang berbakat dalam bidang lakonan!

Ketahui lagi jelitawan asal Borneo yang berbakat di sini:

Anak Kacukan Sabah Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon ‘The Flash’ Andrea Thoma
Tahukah Anda Faye Kusairi Dari Drama 7 Hari Mencintaiku Berasal Dari Miri Sarawak
SUMBER :Iluminasi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan ‘Spy’, Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi
Next Article Terpedaya Gaji Lumayan, Lelaki Dari Sarikei ‘Terperangkap’ Di Myanmar Dipaksa Jadi Scammer

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?