• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan ‘Spy’, Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi

Oleh
Husna Hazmi
23 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar Malaysia terlibat dalam jenayah ekonomi.

Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan ‘Spy’, Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi. Dilaporkan, sebelum ini, gempar satu Malaysia apabila seorang pelajar warganegara berusia 25 tahun ini telah ditahan di Norway kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk penyadapan wayar (wiretapping).

Walaubagaimanapun, pelajar Malaysia tersebut tidak disyaki melakukan aktiviti mengintip tetapi terlibat dalam jenayah ekonomi.

Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan 'Spy', Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi
Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan ‘Spy’, Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi

Pemuda berusia 25 tahun ditahan di Norway

Pemuda yang hanya berusia 25 tahun itu telah ditahan pada 8 September lalu di Oslo setelah kereta disewanya dilihat berada berhampiran pejabat perdana menteri serta kementerian pertahanan dan dalam masa yang sama isyarat elektronik dikesan di lokasi tersebut.

Perkhidmatan perisikan PST telah ditugaskan untuk mengendali kes berkenaan kerana pada awalnya disyaki melakukan pengintipan.

Menurut PST, tiada berlakunya hipotesis pengintipan haram, tetapi bukti kukuh kes ini lebih kepada jenayah ekonomi terancang.

Oleh demikian, kes berkenaan telah diserahkan kepada Unit Jenayah Ekonomi dan Alam Sekitar Norway, yang dikenali sebagai Okokrim.

Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Bukan 'Spy', Rupanya Terlibat Dalam Jenayah Ekonomi

Jenayah terancang yang mungkin mempunyai hubungan dengan antarabangsa

Menurut unit tersebut, lelaki dari Malaysia ini dipercayai terlibat dengan jenayah terancang yang mungkin mempunyai hubungan dengan antarabangsa.

Semasa penahanannya, lelaki itu juga dipercayai menggunakan IMSI-Cather, alat mencuri pendengaran telefon untun memintas trafik telefon bimbit dan menjejaki lokasi data.

Menurut peguamnya pula, sejak dari awal anak buahnya telah menafikan melakukan pengintipan.

Sebelum ini seorang pemuda dari Malaysia telah ditahan di Norway:

Kantoi Terlibat Aktiviti ‘Spy’ Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan
Dapat Kerja Dari Facebook, Wanita Sarawak Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Kerja Sebagai ‘Scammer’ Tanpa Rela
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Rakyat Biasa Boleh Kahwin Dengan Anak Raja Ke’, Ini Respon Permaisuri Agong
Next Article Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?