• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Karpet Bertompok, Pelancong Dari Singapura Terkejut Lihat Keadaan Bilik Hotel Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
27 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Karpet Bertompok, Pelancong Dari Singapura Terkejut Lihat Keadaan Bilik Hotel Di Kuching

Hotel Dulu Elok, Sekarang Kotor dan Tak Terjaga

Karpet Bertompok, Pelancong Dari Singapura Terkejut Lihat Keadaan Bilik Hotel Di Kuching. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan keadaan sebuah bilik hotel di Kuching yang sangat mengejutkan. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang meluahkan kekecewaan terhadap keadaan hotel tersebut yang dahulunya terkenal dengan perkhidmatan dan fasiliti yang baik.

Antara luahan pengguna tersebut, beliau menyebut, bahawa hotel di Kuching ini dahulunya cantik, namun kini sudah berubah. Mereka juga menyatakan bahawa mereka juga tidak mahu membuka kasutnya untuk masuk bilik.

Karpet Bertompok, Pelancong Dari Singapura Terkejut Lihat Keadaan Bilik Hotel Di Kuching

Keadaan Bilik yang Mengecewakan

Berdasarkan video tersebut, terdapat beberapa perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna hotel itu. Antara masalah yang dilihat ialah karpet dalam bilik yang kelihatan bertompok-tompok dengan kulat. Keadaan karpet yang begitu kotor dan tidak terjaga ini pastinya menimbulkan rasa jijik dan tidak selesa bagi sesiapa yang menginap di situ. Sofa dalam bilik tersebut juga kelihatan usang, menunjukkan tanda-tanda bahawa perabot tersebut sudah lama tidak diganti atau diselenggara dengan baik.

Lebih mengecewakan lagi, televisyen di dalam bilik tersebut tidak dapat digunakan, seolah-olah langsung tidak berfungsi. Di samping itu, terdapat juga lubang di tepi katil yang hanya ditampal dengan sekeping kertas, menambah lagi ketidakpuasan hati pengguna terhadap keadaan bilik tersebut.

Keadaan tingkap dalam bilik juga tidak terkecuali daripada masalah. Ia kelihatan kotor dengan tompokan warna hitam yang mungkin berpunca daripada kotoran atau kulat. Bahagian penyaman udara (aircond) juga sepertinya berkulat, menimbulkan kebimbangan tentang kebersihan dan kesihatan mereka yang menginap di situ.

Walaupun pengguna tersebut membayar harga penginapan yang agak murah, iaitu hanya SGD 100 (332.71 MYR) untuk dua bilik tidur, keadaan bilik yang diterima jelas tidak setimpal dengan apa yang diharapkan. Di sebalik keadaan bilik yang mengecewakan ini, lobby hotel tersebut masih kelihatan cantik dan terjaga, yang menimbulkan persoalan di kalangan netizen tentang pengurusan dan penyelenggaraan bilik hotel tersebut.

Video yang tular ini telah mendapat perhatian ramai netizen, yang rata-rata meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap keadaan bilik hotel tersebut. Ada yang bertanya apa yang telah berlaku kepada hotel yang dahulunya terkenal dengan perkhidmatan dan fasiliti yang baik. Ada juga yang mencadangkan supaya pihak hotel mengambil tindakan segera untuk memperbaiki keadaan tersebut demi menjaga reputasi dan kepuasan pelanggan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

‘Dulu Hotel Ni Takdala Teruk Macam Ni’, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Terhadap Kemudahan Hotel Di Kuching
Kena Scam Di Aplikasi Tempahan Di Sebuah Apartment Di Vivacity Jazzsuite, Wanita Sri Aman Ini Kongsi Luahan Kecewa

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pembantu Penguatkuasa Direman, Kantoi Terima Rasuah Lindungi Sindiket Diesel Di Sibu Pembantu Penguatkuasa Direman, Kantoi Terima Rasuah Lindungi Sindiket Diesel Di Sibu
Next Article Kakak Premier Sarawak, Dayang Meliah Tun Datuk Abang Openg Kembali ke Rahmatullah Kakak Premier Sarawak, Dayang Meliah Tun Datuk Abang Openg Kembali ke Rahmatullah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?