• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pelanggan Bikin Tuan Kedai Geleng Kepala, Selamba Tinggalkan Seluar Dalam Lepas Cuba Jeans

Oleh
ILB - AI
11 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelanggan selamba tinggalkan seluar dalam di kedai selepas mecubanya

Pelanggan Bikin Tuan Kedai Geleng Kepala, Selamba Tinggalkan Seluar Dalam Lepas Cuba Jeans. Baru-baru ini, satu insiden tular apabila seorang pelanggan gedung pakaian bikin tuan kedai ‘risau’ kerana meninggalkan seluar dalamnya selepas mencuba sepasang jeans di Vietnam.

Menurut laporan, kejadian itu menjadi viral setelah kakitangan kedai tersebut berkongsikan gambar seluar jeans terbabit bersama seluar dalam untuk mengetahui pemiliknya.

Dalam pada itu, kakitangan berkenaan mencari pelanggan wanita yang dipercayai tidak sengaja meninggalkan seluar dalam selepas mencuba jeans di kedai tersebut.

Pelanggan Bikin Tuan Kedai Geleng Kepala, Selamba Tinggalkan Seluar Dalam Lepas Cuba Jeans
Gambar hiasan terkejut. Sumber: pngtree

Ditinggalkan dalam loggokan pakaian

Bahkan, seluar berkenaan ditinggalkan dalam longgokan pakaian yang dicuba pelanggan, malah disifatkan penemuan tidak terjangkau dek akal.

“Kamu pasti tergesa-gesa. Jangan terkejut dan jangan fikir kami sengaja mencuri seluar dalam kamu.

“Kami belum menjual satu barang pun tapi sudah memperoleh untung,” ujar kakitangan kedai itu dalam keterangan gambar yang dimuat naik di media sosial.

Selepas gambar itu disiarkan, pengguna internet mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh terlupa seluar dalamnya atau memang sengaja meninggalkannya di kedai itu.

Pelanggan Bikin Tuan Kedai Geleng Kepala, Selamba Tinggalkan Seluar Dalam Lepas Cuba Jeans
Sumber: hmetro

Netizen turut berseloroh mengenai perkara tersebut

“Tergesa-gesa sangat ke anda sampai terlupa atau mungkin lebih baik untuk tidak memakainya kerana panas?” sindir seorang netizen.

Bukan itu sahaja, seorang lagi netizen tertanya-tanya sama ada wanita itu tidak rasa ‘berangin’ tanpa memakai seluar dalam.

“Adakah anda perlu membuangnya selepas mencuba seluar? Tetapi siapa yang akan menjualnya? Dan yang lebih penting, siapa yang berani membelinya?,” ujar lagi seorang netizen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Terkejut Beg Silang Dipenuhi Seluar Dalam Wanita, Lelaki ‘Nafsu Pelik’ Ini Berjaya Ditahan
Lelaki Curi Seluar Dalam Wanita Di Batu Kawa, Netizen Curiga Ini Perantaraan Sihir Atau Puaskan Nafsu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rolex 'Release' Jam Tangan Mewah Model Ekslusif Edisi Sarawak Rolex ‘Release’ Jam Tangan Mewah Model Ekslusif Edisi Sarawak
Next Article Tamatkan Operasi Di Kuching, Puspakom Bakal Berpindah Ke Kota Samarahan Bermula 1 Ogos Ini Tamatkan Operasi Di Kuching, Puspakom Bakal Berpindah Ke Kota Samarahan Bermula 1 Ogos Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?