• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelanggan Mengadu Makanan Basi, Peniaga Beri 10KG Pulut Sambal ‘Free’ Di Uptown Metrocity

Oleh
ILB - AI
10 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelanggan mendakawa makanan dijual peniaga sudah basi di bazar Ramadan

Pelanggan Mengadu Makanan Basi, Peniaga Beri 10KG Pulut Sambal ‘Free’ Di Uptown Metrocity. Pelbagai dugaan yang diharungi golongan peniaga dalam mencari rezeki di bulan Ramadan ini. Seorang peniaga membuat perkongsian mengenai aduan pelanggan tentang makanan yang dijualnya di bazar Ramadan Uptown Metrocity.

Peniaga itu menyatakan dalam satu hantaran di Facebook miliknya bahawa dia telah menerima dua aduan daripada pelanggan mengenai masakannya, mendakwa sambal pulut itu sudah basi.

Pelanggan Mengadu Makanan Basi, Peniaga Beri 10KG Pulut Sambal 'Free' Di Uptown Metrocity
Sumber: EJ Rafael

Selepas mengetahui aduan itu, peniaga tersebut memohon maaf atas kesilapannya, kerana tidak menyedari pulut sambal yang dijualnya sudah basi.

“Saya mohon maaf kepada sesiapa yang memberli pulut sambal hari ini, makanan itu pun dicampurkan dengan bahan bersantan,” tulisnya yang mengatakan kemungkinan santan penyebab basi itu.

Bukan itu sahaja, malah peniaga menghargai cara pelanggan menegur atau mengkritik secara sopan, tanpa melenting dan tanpa menggunakan perkataan yang kasar.

Memberi 10kg pulut sambal secara percuma hari ini, tanda mohon maaf

Sementara itu, hantaran itu juga menarik perhatian ramai apabila peniaga menyeru orang ramai berkunjung ke kedainya kerana dia memberikan 10 kilogram (kg) pulut sambal secara percuma bermula jam 5 petang hari ini di Bazar Ramadhan Uptown Pasar Malam Metrocity.

“Tanda minta maaf saya kepada yang support dan sentiasa membeli barang jualan saya,” ujarnya dengan memberi pulut sambal secara percuma tanda mohon maaf kepada pelanggan.

Pelanggan Mengadu Makanan Basi, Peniaga Beri 10KG Pulut Sambal 'Free' Di Uptown Metrocity
Sumber: Ellira Maharan

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet mendoakan semoga peniaga tersebut dimurahkan rezeki kerana sudi menghulurkan sedekah kepada orang ramai di bulan yang mulia ini.

Malah, segelintir warganet memuji peniaga tersebut kerana tidak cepat melatah apabila ditegur oleh pelanggan, malah menjadikan teguran itu untuk perbaiki yang lebih baik.

“Maaf dan terima kasih dari saya, owner MamaFadzly Donuts Emart Matang dan di Pasar Malam Metrocity,” katanya lagi.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan Ramadan:

Macam Medan Perang, Peniaga Sibu Sedih Makanan Dan Kanopi Hancur ‘Diterbang’ Ribut
Dijamin Halal, Warga Kuching Wajib Cuba ‘Oyster Omelettes’ Di Bazar Ramadan Satok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Kenderaan No Plat Asing Dilihat Isi Minyak RON95 Di Petronas Bintulu Lagi Kenderaan No Plat Asing Dilihat Isi Minyak RON95 Di Petronas Bintulu
Next Article Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 20 April Ini Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 20 April Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?