• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelari Cilik Dari Sabah Jadi Tumpuan Dunia, Cantas Atlet Antarabangsa Di Australia

Oleh
Aina Musa
26 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelari Cilik Dari Sabah Jadi Tumpuan Dunia, Cantas Atlet Antarabangsa Di Australia

Tahniah buat adik Nurelfira Umaira

Pelari Cilik Dari Sabah Jadi Tumpuan Dunia, Cantas Atlet Antarabangsa Di Australia. Dalam sukan, keupayaan fizikal sering menjadi tumpuan utama bagi mengukur potensi seorang atlet. Namun, rakaman yang tular di Facebook baru-baru ini membuktikan bahawa atlet berfizikal kecil juga mampu menonjolkan persembahan hebat dan meraih kemenangan.

Nurelfira Umaira Mohd Yusuf atau lebih dikenali sebagai Fira, pelari pecut muda negara dari Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Tawau, Sabah, mencipta sensasi di kejohanan olahraga Athletics West di Australia.

Pelari Cilik Dari Sabah Jadi Tumpuan Dunia, Cantas Atlet Antarabangsa Di Australia
Pelari Cilik Dari Sabah Jadi Tumpuan Dunia, Cantas Atlet Antarabangsa Di Australia. Sumber: Majoriti

Dengan fizikal kecilnya, Fira berjaya menewaskan pelari-pelari yang mempunyai bentuk fizikal lebih sasa daripadanya dalam acara 200 meter lari berpagar dan 110 meter lari berpagar.

Larian deras Fira meninggalkan peserta-peserta lain yang dilaporkan merupakan atlet tempatan. Dalam acara 200 meter lari berpagar, Fira mencipta larian sempurna tanpa menjatuhkan sebarang pagar sebelum melintasi garisan penamat pada catatan masa 29.94 saat. Rekod sempurna turut dicatatkan Fira apabila dia memperoleh catatan masa 13.46 saat untuk memenangi acara 80 meter lari berpagar tanpa menjatuhkan sebarang pagar.

Persembahan cemerlang Fira mendapat pujian ramai pihak. Rata-rata memuji larian deras pelari berusia 12 tahun tersebut, dengan Fira dianggap sebagai permata baharu olahraga negara yang perlu digilap dan dijaga dengan baik.

“Tahniah di atas persembahan yang cemerlang, teruskan usaha!,” kata Askok Kumar.

“Inilah kelebihan mempunyai fizikal kecil, badan jadi ringan dan lincah,” ujar Mie Zanul Zara pula.

“ALHAMDULILLAH, hebat. Walaupun bertudung (tapi) laju dan pantas,” komen Ziela Sofea yang kagum dengan aksi Fira.

Kejayaan Fira membuktikan bahawa fizikal kecil bukan penghalang untuk berjaya dalam sukan. Dengan bakat dan usaha yang gigih, atlet berfizikal kecil juga mampu menonjolkan prestasi cemerlang dan mencipta kejutan di pentas sukan.

Baca lagi artikel menarik:

Atlet Borneo Sapu Bersih Acara Lari Pecut 100M Lelaki MSSM 2022
Kenali 8 Atlet Dari Borneo Yang Bakal Menggalas Cabaran Negara Di Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sokong Cadangan Tubuhkan Cawangan Universiti Shanghai Fudan Di Sarawak Kerajaan Sokong Cadangan Tubuhkan Cawangan Universiti Shanghai Fudan Di Sarawak
Next Article Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Tahun Depan Jambatan Batang Lupar 2 Dijangka Siap Tahun Depan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?