• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelawak Terkenal Dicekup Memperdagangkan Gadis Melanau Bagi Tujuan Eksploitasi Seks

Oleh
Husna Hazmi
4 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelawak terkenal 40-an ditahan bagi bantu kes pemerdagangan manusia.

Pelawak Terkenal Dicekup Memperdagangkan Gadis Melanau Bagi Tujuan Eksploitasi Seks. Dipetik daripada laporan Sinar Harian, seorang pelawak terkenal telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Pelawak Terkenal Dicekup Memperdagangkan Gadis Melanau Bagi Tujuan Eksploitasi Seks
Pelawak Terkenal Dicekup Memperdagangkan Gadis Melanau Bagi Tujuan Eksploitasi Seks

Berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki berusia 40-an tersebut dicekup di dalam serbuan Ops Pintas yang dilakukan pada jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan daripada pihaknya.

Justeru, pihak berkuasa telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau, Sarawak daripada menjadi mangsa pemerdagangan menusia bagi tujuan eksploitasi seks.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit,” ujar beliau.

Pelawak Terkenal Dicekup Memperdagangkan Gadis Melanau Bagi Tujuan Eksploitasi Seks

Suspek kini telah direman empat hari

Menurut Superintendan Amran lagi, suspek kini telah direman empat hari bermula Ahad hingga Khamis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Di samping itu, beliau juga berkata bahawa suspek telah dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang itu,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semua Daerah Di Sarawak Masuk Fasa 3 PPN Kecuali Zon Selatan (Kuching Hingga Simunjan) Semua Daerah Di Sarawak Masuk Fasa 3 PPN Kecuali Zon Selatan (Kuching Hingga Simunjan)
Next Article Hanya Terdapat Pada Etnik Bidayuh, Darah Rare Lelaki Sarawak Ini Diterbangkan Untuk Seorang Ibu Di Johor Bahru Hanya Terdapat Pada Etnik Bidayuh, Darah Rare Lelaki Sarawak Ini Diterbangkan Untuk Seorang Ibu Di Johor Bahru

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?