Terima kasih Encik Pehan!
Hanya Terdapat Pada Etnik Bidayuh, Darah Rare Lelaki Sarawak Ini Diterbangkan Untuk Seorang Ibu Di Johor Bahru. Terdapat 4 jenis kumpulan darah yang biasanya ada di kalangan manusia – A, B, AB dan O. Secara umumnya, darah jenis AB digelar universal recipient iaitu individu yang ada jenis darah ini dapat terima mana-mana jenis darah sama ada A, B, O atau AB. Manakala, darah jenis O digelar universal donor kerana darah jenis ini dapat diberi kepada mana-mana kumpulan darah tetapi seseorang yang mempunyai darah jenis ini hanya dapat terima darah jenis O sahaja jika mereka memerlukan darah diderma.

Namun, terdapat juga jenis darah yang sangat rare dan individu yang mempunyai jenis darah ini perlu penderma darah yang ada jenis darah yang sama. Malah, penderma yang ada darah jenis O juga tidak dapat menderma darah mereka kepada golongan ini meskipun darah mereka secara amnya universal donor.
Untuk seorang wanita hamil di Johor Bahru yang mempunyai darah ganjil, beliau perlu menerima jenis darah yang sama sebelum menjalani pembedahan Caeser. It would take a miracle untuk mengharapkan sesiapa di kalangan rakyat Malaysia mempunyai jenis darah yang sama. Mujur seorang lelaki dari Sarawak sudi menderma darah beliau kerana beliau juga mempunyai jenis darah yang sama!

Darah jenis Rh17 diterbangkan ke Johor Bahru dari Sarawak
Menurut sebuah perkongsian dari Blood Bank Hospital Umum Sarawak menerusi Facebook, mereka telah berjaya menerbangkan darah ganjil ke Johor Bahru untuk kegunaan seorang pesakit yang juga tengah hamil.
Wanita hamil di Johor Bahru terbabit memerlukan darah jenis Rh17 sebelum menjalani pembedahan Caeser dan hanya individu yang mempunyai jenis darah yang sama sahaja boleh diderma.

Perkara ini turut menjadi rumit kerana jenis darah ini sangat rare dan susah hendak dicari di kalangan penduduk Malaysia. Namun, seorang lelaki dari Sarawak tampil untuk membantu wanita ini – walaupun berada di negeri yang berbeza.
Seorang lelaki bernama Pehan anak Majis, yang juga mempunyai jenis darah yang sama, telah menderma darah beliau di Hospital Umum Sarawak (HUS). Darah beliau kemudian diterbangkan ke Johor Bahru via transit KLIA untuk kegunaan wanita terbabit.

Kalau sangat rare, kenapa kebetulan di Sarawak ada?
Berdasarkan perkongsian Blood Bank Hospital Umum Sarawak, jenis darah Rh17 boleh didapati pada sebahagian kecil pada etnik Bidayuh.
Untuk pengetahuan anda, darah jenis Rh17 adalah subjenis kumpulan darah Rhesus, yang memberi anda positif (+) atau negatif (-) selepas huruf A, B, AB atau O. Oleh itu, anda mungkin A+ tetapi dalam ‘+’ itu, anda mungkin Ro.
Sistem kumpulan darah Rh mempunyai dua gen Rh (D dan CE). CE menghasilkan 4 kombinasi iaitu ce, Ce, cE atau CE. Ketiadaan gabungan cDe ini digelar ‘Rh17’ tetapi ia tidak mempengaruhi kumpulan darah utama anda.
Oleh sebab keganjilan ini, individu yang mempunyai jenis darah ini hanya boleh menerima darah dari orang yang mempunyai jenis darah yang sama iaitu Rh17. Oleh kerana tidak ramai orang mempunyai jenis darah ini, mereka yang mempunyainya digalakkan untuk sentiasa menderma darah jika diperlukan agar stok jenis darah ini sentiasa ada bagi mereka yang memerlukannya.

Meskipun darah jenis O adalah universal donor, mereka juga tidak dapat menderma darah mereka kepada individu yang mempunyai darah jenis Rh17. Hal ini kerana penerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza boleh mengakibatkan reaksi darah yang boleh membahayakan nyawa pesakit terbabit.
Seperti yang dinyatakan di atas, jenis darah ini dapat didapati di kalangan penduduk Bidayuh, berdasarkan penderma darah jenis Rh17 terdiri daripada individu-individu kebanyakannya beretnik Bidayuh.
Donate blood, save lives!
Kesudian Encik Pehan untuk menderma darahnya walaupun berada di negeri yang berbeza adalah sebuah tindakan yang mulia. Secara langsung, beliau telah memberi peluang kedua untuk wanita tersebut dalam kehidupan apabila selamat melahirkan bayinya.
Sekiranya anda tidak mengetahui jenis apa darah anda, anda digalakkan untuk melawat bank darah / hospital terdekat anda untuk mengetahuinya. Mana tahu, darah anda mampu menyelamatkan orang lain!
Dan jika anda seorang penderma darah, syabas! Anda secara langsung telah membantu orang lain yang memerlukannya. Keep up the good work dan terima kasih diucapkan kepada Encik Pehan atas kesudian beliau untuk membantu seorang wanita hamil di Johor!
