I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pelik Tapi Benar, 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sehingga 21 Jam
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Pelik Tapi Benar, 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sehingga 21 Jam

Oleh Nur Afifah 7 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pulau ini terletak di Rusia dan Amerika.

Pelik Tapi Benar, 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sehingga 21 Jam. 4.8 km bukanlah jarak yang jauh. Malah, ia lebih dekat daripada jarak larian marathon yang selalu dianjurkan. Namun demikian, tahukah anda bahawa jarak antara dua pulau ini hanya 4.8 km namun jarak masa antara kedua-duanya mencapai sehingga 21 jam! Wow!

Pulau ini dinamakan sebagai Big Diomede dan Little Diomede. Pulau Big Diomede terletak di kawasan paling timur di Rusia manakala Pulau Little Diomede terletak berdekatan dengan sempadan Amerika Syarikat, iaitu di Selat Bering antara kawasan tanah besar Alaska dan Siberia. Pulau Little Diomede masih didiami oleh orang asli dengan populasi sekitar 110 orang manakala Pulau Big Diomede pula kini menempatkan unit tentera.

Kedua-dua pulau ini hanya dipisahkan dengan jarak 4.8 km sahaja. Pulau ini mula-mula ditemui oleh pelayar berbangsa Denmark-Rusia, Vitus Bering, pada 16 Ogos 1728 lalu kemudian beliau menamakannya sempena dengan nama tokoh Saint Greek, iaitu Diomede.

Pelik Tapi Benar, Ini Sebab Mengapa 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sampai 21 Jam
Pelik Tapi Benar, Ini Sebab Mengapa 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sampai 21 Jam

Digelar Tomorrow Island dan Yesterday Isle, pulau ini berbeza masa hampir satu hari

Namun demikian, oleh kerana kedua-duanya berada pada Garis Tarikh Antarabangsa (IDL) di Lautan Pasifik, Pulau Big Diomedes mempunyai masa 21 jam ke hadapan berbanding Pulau Little Diomedes. Malah, ia tidak berkongsi hari yang sama. Oleh sebab itulah, kedua-dua pulau ini digelar Tomorrow Island dan Yesterday Isle.

Namun demikian, pulau ini mula menjadi perhatian ramai apabila sebuah video di laman TikTok mula mendedahkan tempat ini sebagai sebuah tempat aneh di dunia kerana perbezaan waktu yang besar walaupun mempunyai jarak yang dekat.

Kawasan perumahan orang asli di Pulau Little Diomede

Malah, ramai juga yang membayangkan apa yang bakal terjadi jika berada di pulau tersebut. Ada yang memberitahu bahawa anda boleh menyambut Tahun Baru di Pulau Big Diomedes dan kembali ke tahun lalu apabila pergi ke pulau Little Diomedes pula.

Bahkan, ada juga yang membayangkan jika seseorang individu bekerja di kedua-dua buah pulau tersebut, mereka boleh bekerja sehingga 28 jam sehari.

Anda boleh berjalan kaki dari Amerika ke Rusia menggunakan jalan kaki

Namun, perkara yang lebih menarik adalah kedua-dua pulau ini dihubungkan dengan jambatan ais yang terbentuk pada musim sejuk. Ini membolehkan pengunjung melakukan perjalanan pendek antara kedua-dua pulau dan merasai pengalaman berada di zon waktu yang berbeza.

Anda juga secara teorinya boleh berjalan kaki dari Amerika ke Rusia dan sebaliknya melalui kedua-kedua pulau ini dan melakukan aktiviti luar yang lain seperti berenang, berkayak dan berlayar.

Hebat, kan?

Baca juga artikel menarik yang pernah kami terbitkan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 6 Cafe Western Menarik Anda Perlu Kunjungi Di Samarahan
Next Article Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang 'Bodoh' Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang Bodoh Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?