• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

6 Cafe Western Menarik Anda Perlu Kunjungi Di Samarahan

Oleh
Nazihah AN
7 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Ramai yang tidak tahu Samarahan juga banyak tempat makan western yang menarik

6 Cafe Western Menarik Anda Perlu Kunjungi Di Samarahan. Tahukah anda? Samarahan juga ada banyak tempat makan yang best-best! Bagi anda yang craving atau tengah food hunting sekarang, kali ni tak perlu lagi jauh-jauh ke Kuching. Ini adalah senarai tempat makan yang best yang anda boleh masukkan dalam wishlist anda!

Isi Isi Penting
  • Ramai yang tidak tahu Samarahan juga banyak tempat makan western yang menarik
  • 1. Unplugged Coffee
  • 2. Unihaus
  • 3. Kitea
  • 4. IndoSHIOK Library Cafe, Aiman Mall
  • 5. Eek! Eat & Drink
  • 6. The Food by Kuali Emak
  • Lagi menarik di sini:

1. Unplugged Coffee

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
6 Cafe Western Menarik Anda Perlu Kunjungi Di Samarahan. Kredit Gambar: Fb: Unplugged Coffee

Unplugged Coffee ialah salah satu tempat yang menarik juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga tersayang. Mereka menyediakan pelbagau jenis makanan, dari makanan western ke makanan melayu yang sedap juga pelbagai ice blended dan kopi.

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Unplugged Coffee

Harganya juga sangat berpatutan. Antara makanan yang direcommend ialah meatballs dan spaghetti bolognese.

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Unplugged Coffee

Kafe ini juga menyediakan pelbagai indoor games seperti congkak, Jenga, dan juga pelbagai board games boleh didapati di kafe ini!

Lokasi: Survey Lot 5314, Ground Floor, SL6 Jalan Datuk Mohamad Musa Phase 25(A, Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

2. Unihaus

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Unihaus

Bagi penggemar lamb chop, ini adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda. Mereka terkenal dengan makanan western di dalam talam saiz sederhana dengan harga yang sangat berpatutan. Satu set talam family boleh makan 5-6 orang. Sangatlah berbaloi!

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Unihaus

Menu-menu ini juga anda boleh dapatkan melalui pesanan dalam talian seperti foodpanda dan grabfood. Tempat ini juga sangat sesuai untuk anda ingin melakukan birthday party ataupun surprise event kerana staff mereka semuanya sporting!

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Unihaus

Masa Operasi: 2pm – 10 pm (Ahad hingga Jumaat)

Lokasi: Lorong Desa Ilmu 22M1B2, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

3. Kitea

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: KITEA.cafe

Untuk pencinta boba, anda boleh kunjung Kitea cafe terletak bersebelahan dengan Everwin Supermarket. Selain boba, mereka juga menyediakan minuman berasaskan susu segar dan halal dari Australia. Antara menu yang disediakan ialah susu segar, siri yogurt, smoothie, milk tea dan juga jus buah!

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: KITEA.cafe

Baru-baru ini, kafe ini menyediakan servis membuat custom sendiri atau imej yang anda mahukan untuk hiasan topping minuman anda dengan menggunakan mesin percetakan seni Kitea.

Lokasi: Grd Floor, Lot 10534, SL 7 & 8 Central View, KCH / Samarahan Expressway, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

4. IndoSHIOK Library Cafe, Aiman Mall

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: IndoShiok Restaurant

Tahukah anda? kafe ini merupakan kafe yang direka khas seperti sebuah perpustakaan bagi memberi keselesaan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan orang ramai penduduk kawasan. Kafe ini telah dibuka secara rasmi di tingkat atas pusat beli-belah Aiman Mall pada tahun 2019.

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: IndoShiok Restaurant

Antara menu yang menarik di kafe ini ialah Jumbo Sausage bersama Sambal dan Telur Goreng, Bakso Beranak, Sup Daging, Chicken Rice Bowl (Rendang) etc. Harganya juga sangat berbaloi dengan kuantitinya.

Lokasi: G9, G10, first floor Aiman Mall, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

5. Eek! Eat & Drink

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Eek- Kota Samarahan

Kafe ini juga menghidangkan makanan dari set nasi hingga ke set western yang sedap dan digemari student tempatan. Antara menu yang direcommend kepada pelanggan ialah Duck Cranberry Alfredo dan Salted Egg Chicken Burger.

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Eek- Kota Samarahan

Kini, anda boleh dapatkan menu-menu ini melalui pesanan dalam talian seperti Lyfe, Foodpanda dan Grabfood.

Lokasi: Kuching- Samarahan Highway, 94300 Kota Samarahan. (Bersebelahan dengan Asma Cake House)

6. The Food by Kuali Emak

Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: The Food By Kuali Emak
Ini 6 Cafe Western Yang Menarik Anda Perlu Kunjung Di Samarahan
Sumber Gambar: Fb: Aidi Badar

Bagi anda yang teringin makan shellout seperti di Kuching, anda tidak perlu memandu jauh ke Kuching lagi! The Food ialah satu-satunya tempat makan ‘Shellout’ di Samarahan. Asalnya ia dikenali sebagai Kuali Emak di Saradise dan kini berpindah ke Samarahan.

Lokasi: Jalan I-MAS Village, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Lagi menarik di sini:

https://www.iloveborneo.my/rindu-makanan-sarawak-ini-adalah-12-senarai-kedai-makan-sarawak-di-semenanjung-yang-anda-boleh-cuba
https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-4-port-bakso-mantap-di-kota-kinabalu-yang-anda-perlu-cuba
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Membawa Kesan Sampingan, Inilah Sebab Anda Tak Boleh Menggunakan Fake Braces Boleh bawa Kesan Sampingan, Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Menggunakan Braces Palsu
Next Article Pelik Tapi Benar, 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sehingga 21 Jam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?