• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru ‘Jurassic Land’

Oleh
Nazihah AN
14 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru 'Jurassic Land'

Wahh berita baik untuk keluarga dan penggemar dinosaur!

Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru ‘Jurassic Land’. Sabah memang terkenal dengan daya tarikan dan destinasi ekopelancong bertaraf dunia. Tidak hanya itu, Sabah telah membina sebuah taman keluarga bertemakan haiwan prasejarah di Kiulu, daerah Tuaran untuk penggemar dinosaur.

Isi Isi Penting
  • Wahh berita baik untuk keluarga dan penggemar dinosaur!
  • Siapakah yang mengusahakan taman tema ini?
  • Ada banyak aktiviti menarik selain melihat dinosaur!
  • Tak sabarnya nak tunggu taman tema ni buka!
  • Nak tahu apa lagi yang menarik di Sabah? Anda boleh baca artikel di bawah ini:

Dinamakan Jurassic Land Kiulu, bakal dibuka tidak lama lagi dan ianya menjadi salah satu destinasi ekopelancongan untuk menarik minat pelancong untuk ke Tuaran, Sabah. Taman seluas 3 ekar ini juga mempamerkan haiwan prasejarah ini dalam format animatronik iaitu patung haiwan yang boleh bergerak seakan-akan haiwan sebenar.

Anda juga boleh lihat haiwan prasejarah yang paling terkemuka di diseluruh dunia iaitu Tyrannosaurus atau lebih dikenali sebagai T-rex!

Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru 'Jurassic Land'
Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru ‘Jurassic Land’
Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru 'Jurassic Land'
Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru ‘Jurassic Land’

Siapakah yang mengusahakan taman tema ini?

Berkongsi minat yang sama terhadap dinosaur, 3 sahabat iaitu Ady Kim, Sam Chan dan Jason Poi telah mengusahakan taman keluarga yang unik iaitu Jurassic Land Kiulu yang mula dibina pada tahun 2019. Beliau berharap agar pengunjung juga merasa selesa berada di taman tersebut.

Taman tema ini juga memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke taman tema di luar negara seperti di Universal Studios. Boleh dikatakan hampir sama seperti di filem Hollywood, namun taman ini hanya akan menampilkan dinosaur dibentuk dari animatronik untuk dilihat bersama keluarga.

Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru 'Jurassic Land'
Joniston Bangkuai (dua kanan) menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif Jurassic Land Kiulu Sam Chan. (Sumber: Free Malaysia Today)

Ada banyak aktiviti menarik selain melihat dinosaur!

Ady Kim, salah seorang pengasas taman ini berkata beliau memilih Kiulu terutamanya kerana persekitaran hijau semula jadi dan subur, yang merupakan tempat yang sempurna untuk Taman Tema Dinosaur.

“Kawasan taman ini memiliki pemandangan Gunung Kinabalu yang megah dan indah. Selain itu, Kiulu bagaikan permata yang belum banyak diterokai, dan mudah diakses dari sekitar Kota Kinabalu,” tambah beliau.

Beliau juga berkata bahawa Kiulu juga terkenal dengan ekopelancongan di Sabah, dengan melakukan aktiviti arung jeram, trekking dan aktiviti mendaki. Tidak hanya itu, antara aktiviti dan kemudahan yang terdapat di Jurassic Land Kiulu adalah kafe, pertunjukan dinosaur, Flying Zipline, Jumpoline dan Cycle 8 Park.

Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru 'Jurassic Land'
Peluang Lihat T-Rex Depan Mata, Sabah Bakal Buka Tarikan Pelancong Baru ‘Jurassic Land’

Tak sabarnya nak tunggu taman tema ni buka!

Dikhabarkan bahawa Jurassic Land Kiulu ini bakal dibuka kepada umum apabila Sabah memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Kiulu yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, kira-kira 45 km merupakan lokasi yang sangat ideal untuk dijadikan pelancongan di desa dan juga telah memberi peluang pekerjaan kepada tempatan.

Nak tahu apa lagi yang menarik di Sabah? Anda boleh baca artikel di bawah ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Curi Susu Untuk Dijual Di Miri, Rupanya Rupanya Untuk Beli Dadah Lelaki Curi Susu Untuk Dijual Di Miri, Rupanya Rupanya Untuk Beli Dadah
Next Article Gangguan Bekalan Air Yang Tidak Dijadualkan Dari Jam 7 Hingga 9PM, Kawasan Samarahan Terjejas Gangguan Bekalan Air Yang Tidak Dijadualkan Dari Jam 7 Hingga 9PM, Kawasan Samarahan Terjejas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?