• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemain Tenis Cilik Dari Sarawak Ini Rangkul Juara Kebangsaan Tenis Malaysia Junior Leg 2

Oleh
Nazihah AN
10 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemain Tenis Cilik Dari Sarawak Ini Rangkul Juara Kebangsaan Tenis Malaysia Junior Leg 2

Ryoga Kho merupakan pelajar dari SJK(C) Stampin, Kuching

Pemain Tenis Cilik Dari Sarawak Ini Rangkul Juara Kebangsaan Tenis Malaysia Junior Leg 2. Pemain tenis cilik, Ryoga Kho sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila merangkul gelaran juara dalam kategori perseorangan dan beregu pada TennisMalaysia Junior Tour Leg 2 di Johor dari 5 hingga 9 Mac lalu.

Bakat beliau dari SJK(C) Stampin ini berjaya menewaskan cabaran hebat dari pesaing-pesaingnya dalam kategori bawah 12 tahun dengan aksi cemerlang selepas menundukkan Mak Zoo-M dari Selangor 6-1, 6-4 pada perlawanan akhir perseorangan.

Pemain Tenis Cilik Dari Sarawak Ini Rangkul Juara Kebangsaan Tenis Malaysia Junior Leg 2
Pemain Tenis Cilik Dari Sarawak Ini Rangkul Juara Kebangsaan Tenis Malaysia Junior Leg 2

Ryoga Kho ikut jejak langkah pemain kebangsaan wanita tersohor, Lim Zan Ning

“Saya gembira dengan persembahan saya dan berharap dapat menyertai pasukan kebangsaan,” kata Kho yang turut muncul juara pada Januari lepas di TennisMalaysia Junior Tour 2024 Leg 1 di Perak.

Beliau merakamkan penghargaan kepada jurulatih dan sokongan berterusan dari ibunya.

Dalam aksi berganda pula, Kho berganding dengan rakan sepasukan Oezil Ajib dari Kuala Lumpur berjaya menundukkan cabaran pasangan Mak Zoo-M dan Atif Izzuddin dari Kedah 4-2, 0-4, 10-7 selepas perlawanan sengit.

Kejayaan Kho pada kedua-dua leg kejohanan terbabit membolehkannya menduduki tangga teratas dalam kedudukan pemain terbaik kebangsaan bagi kategori bawah 12 tahun lelaki.

Beliau menzahirkan hasrat untuk terus meningkatkan mutu permainan dan bercita-cita tinggi untuk mencontohi jejak langkah pemain kebangsaan wanita tersohor, Lim Zan Ning yang menjalani latihan bersama-samanya.

“Saya amat mengagumi Zan Ning. Beliau bukan sahaja hebat di gelanggang, malah turut mendidik saya untuk mencintai sukan tenis dan bersungguh-sungguh dalam usaha tanpa mengikut ego peribadi,” tambah Kho. – The Borneo Post

Baca juga pencapaian terbaik anak-anak Sarawak:

Anak Kelahiran Sarawak, Amir Jahari Dinobat Juara AJL38
Juara Bintang RTM 2024, Roxy Ixzy Bakal Keluarkan Single Bidayuh Pertama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Port Makan Menyajikan Hidangan Sihat Di Kuching
Next Article Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?