I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

Oleh Nazihah AN
10 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

Terletak dalam Turtle Cave di Pulau Sipadan, Sabah

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia. Dengan berkedalaman 23m dan 100m dalam panjang mendatar, Turtle Cave terletak di Pulau Sipadan, Sabah. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, gua ini juga mempunyai dua cabang gua di mana salah satunya dipanggil ‘Turtle Tomb’.

Dari namanya sahaja, anda boleh meneka bahawa gua tersebut merupakan tempat persemadian untuk penyu (khususnya spesies penyu hijau [green turtle]). Bagi mereka yang ingin melawat gua ini, ia tidak semudah itu. Malah, anda perlu mengambil kursus khusus sebelum melakukan selam skuba ke dalam gua ini.

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

Terdapat teori bahawa gua ini ‘berkemungkinan’ gua penempatan manusia pada zaman purba

Seorang pengguna Facebook iaitu Joe Joe berkongsi mengenai gua unik ini, beserta dengan teorinya bahawa gua ini ‘mungkin’ pernah menjadi penempatan manusia.

Menurut teori beliau, Pulau Sipadan adalah sebuah gunung suatu masa dahulu tetapi berlakunya sebuah banjir besar yang menyebabkan gunung itu menjadi pulau. Malah, gua yang terdapat di pulau ini dipercayai penempatan manusia pada zaman purba atau batu.

Di dalam gua ini, terdapat sebuah lorong pintu gerbang berketinggian sekitar 18m. Manusia pada zaman dahulu lebih tinggi jika dibandingkan dengan manusia zaman sekarang!

Selain itu, terdapat beberapa bilik dalam gua tersebut serta pintu gerbang. Dinding pintu gerbang itu pula ada dua warna berbeza, iaitu putih di atas dan coklat dibawah akibat kesan paras air suatu ketika dahulu sebelum gua berkenaan ditenggelami sepenuhnya.

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Kredit: Joe Joe

Makam Penyu

Salah satu gua di dalam Turtle Cave ialah Turtle Tomb, di mana spesies penyu hijau datang untuk mati. Di makam ini, anda akan melihat bangkai penyu, ada yang mungkin baru sementara yang lain telah reput.

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Kredit: Joe Joe
Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Kredit: Joe Joe

Harus mengambil kursus khusus

Selain Turtle Tomb, sebuah gua lagi dikenali sebagai ‘Triangle’, dengan berkedalaman 28m dan mendatar lebih kurang 15m.

Bagi mereka yang teringin melawati gua-gua bawah air ini, mereka dikehendaki mengambil kursus khusus iaitu Full Cave Course sebagai langkah keselamatan. Kursus ini boleh diambil dengan RAZOR, iaitu sebuah organisasi selaman teknikal.

Sekadar mempunyai lesen selam skuba sahaja tidak cukup untuk melayakkan diri menyelam dalam gua istimewa ini. Aktiviti selam skuba menimbulkan risiko tinggi, dan melakukan aktiviti ini di gua bawah air meningkatkan lagi risikonya.

Pastikan diri anda sudah betul-betul sedia sebelum melakukan aktiviti selam skuba ke dalam gua ini dengan menghadiri Full Cave Course tersebut.

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Kredit: Joe Joe

Lagi di sini:

Black Pearl Pool, Air Terjun Sungai Berwarna Merah Di Bako
Kenali Budaya Unik Kaum Melanau Di Lamin Dana Mukah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemain Tenis Cilik Dari Sarawak Ini Rangkul Juara Kebangsaan Tenis Malaysia Junior Leg 2 Pemain Tenis Cilik Dari Sarawak Ini Rangkul Juara Kebangsaan Tenis Malaysia Junior Leg 2
Next Article Ini 6 Tempat Menarik Di Bandar ‘Underrated’ Pontianak

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?