• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat

Oleh
Husna Hazmi
1 Februari 2025
Kongsi
1 Min Bacaan

Mangsa sendiri muncul di Balai Bomba memberitahu bahawa dirinya selamat

Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat. Dilaporkan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat rodanya (4WD) tenggelam dalam banjir rupanya selamat dan telah muncul keesokan paginya di balai bomba.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan tengah malam tadi. Namun, usaha mencari dan menyelamat (SAR) berjalan tanpa petunjuk jelas tentang keberadaan mangsa.

Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat
Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat. Sumber gambar: The Borneo Post

Mangsa berjaya menyelamatkan diri

Apa yang mengejutkan, mangsa sendiri muncul di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah pada jam 10.57 pagi tadi dengan tenang memberitahu bahawa dia berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

“Mangsa memaklumkan bahawa dia memandu bersendirian semasa kejadian dan berjaya keluar dari kenderaan dengan selamat,” kata Andy.

Oleh itu, operasi SAR yang telah berjalan sejak tengah malam akhirnya ditamatkan sekitar jam 11 pagi hari ini dengan semua pihak boleh menarik nafas lega.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

SFC Keluar Amaran Berjaga-Jaga Dengan Ancaman Buaya Ketika Banjir Di Sarawak
Maybank Hulur Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah Dan Sarawak
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Maybank Hulur Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah Dan Sarawak
Next Article Guru-Guru Di Sarawak Ini Sanggup Redah Banjir, Pastikan Pelajar Dapat Duduki Peperiksaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?