• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Maybank Hulur Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah Dan Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
1 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Maybank sedia menghulur bantuan buat pelanggan terjejas kerana banjir

Maybank Hulur Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah Dan Sarawak. Musim hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dilanda banjir teruk. Rumah tenggelam, jalan terputus, dan ramai yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Dalam keadaan getir ini, Maybank tampil menghulurkan bantuan kepada individu dan perniagaan kecil yang terjejas menerusi Program Bantuan Kewangan Banjir mereka.

Dalam kenyataan rasmi Maybank, mereka mengesahkan bahawa bantuan ini tersedia di Sabah, Sarawak dan seluruh negara bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan yang terkesan akibat banjir. Antara bantuan yang ditawarkan ialah, penangguhan bayaran balik pinjaman di mana pelanggan boleh menangguhkan bayaran untuk tempoh tertentu supaya mereka boleh fokus kepada pemulihan selepas banjir.

Maybank Hulur Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah Dan Sarawak
Maybank Hulur Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah Dan Sarawak. Sumber gambar: The Borneo Post

Bantuan pengurangan ansuran bulanan

Maybank juga menyediakan bantuan pengurangan ansuran bulanan buat pelanggan jika bayaran penuh terasa berat untuk mengurangkan jumlah ansuran bulanan buat sementara waktu. Lanjutan tempoh pembayaran balik bagi pelanggan yang perlukan lebih masa untuk menyelesaikan pinjaman, Maybank menawarkan pelanjutan tempoh pembayaran.

Selain bantuan kewangan, Maybank juga memahami bahawa ramai pelanggan mungkin kehilangan dokumen penting akibat banjir. Oleh itu, mereka menawarkan penggantian percuma untuk beberapa perkhidmatan seperti, Kad debit dan kad ATM serta Buku cek.

Maybank Hulur Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah Dan Sarawak

Cara untuk memohon

Bagi yang ingin mendapatkan bantuan kewangan ini, Maybank menyediakan beberapa cara mudah untuk memohon di mana pelanggan boleh menghantarkan e-mel ke [email protected] atau kunjungi mana-mana cawangan Maybank, pusat perbankan komersial atau pusat kewangan auto di seluruh negara.

Banjir bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan seharian tetapi juga menjejaskan ekonomi dan perniagaan kecil. Dengan adanya inisiatif seperti Program Bantuan Kewangan Banjir Maybank, sekurang-kurangnya beban kewangan mangsa banjir dapat dikurangkan sedikit.

Jadi, kalau anda atau sesiapa yang anda kenal terjejas akibat banjir, jangan malu-malu untuk memohon bantuan ini. Sama-sama kita bantu dan bangkit semula!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

SFC Keluar Amaran Berjaga-Jaga Dengan Ancaman Buaya Ketika Banjir Di Sarawak
RHB Lancar Bantuan Kewangan Banjir Untuk Pelanggan Di Sabah Dan Sarawak
SUMBER :Bilik Berita Cats
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SFC Keluar Amaran Berjaga-Jaga Dengan Ancaman Buaya Ketika Banjir Di Sarawak
Next Article Pemandu Kereta 4WD Tenggelam Akibat Banjir Di Sibu Disahkan Selamat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?