• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pemandu Myvi Yang Menyebabkan Kematian Polis Dihukum 8 Tahun Penjara Serta Denda 30,000

Oleh
Husna Hazmi
9 November 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Pemandu yang mengakibatkan kematian anggota polis dari Sarawak telah mendapat hukuman yang setimpal.

Pemandu Myvi Yang Menyebabkan Kematian Polis Dihukum 8 Tahun Penjara Serta Denda 30,000. Pemandu Myvi yang bertanggungjawab atas kematian seorang polis pada 1 November lalu di Johor telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret kerana memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

Isi Isi Penting
  • Pemandu yang mengakibatkan kematian anggota polis dari Sarawak telah mendapat hukuman yang setimpal.
  • Kes pertama yang dijatuhkan hukuman lebih berat
  • Kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan
  • Mengaku bersalah atas tuduhan
  • Konstabel Nicholester Dadup dari Sarawak maut

Tertuduh, Mohamad Syafiq Lokman berusia 25 tahun telah mengaku bersalah setelah tuduhan dibacakan oleh Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, menurut Harian Metro.

Dengan tuduhan yang sama, dia juga dibatalkan untuk memiliki lesen memandu hingga lima tahun dan jika gagal membayar denda, dia harus menjalani hukuman penjara selama 12 bulan.

Pemandu Myvi Yang Menyebabkan Kematian Polis Dihukum 8 Tahun Penjara Serta Denda 30,000

Kes pertama yang dijatuhkan hukuman lebih berat

Ini adalah kes pertama yang dijatuhkan hukuman lebih berat menurut pindaan baru Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang menyatakan tertuduh boleh menjalani hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga denda maksimum RM50,000 dan hilang kelayakan lesen selama lima tahun untuk sabitan pertama.

Dalam ertuduhan yang kedua, Mohamad yafiq diperintahkan membayar denda RM1800 kerana tidak memiliki lesen memandu pada masa kejadian mengikut seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kegagalan membayar denda akan mengakibatkan penjara selama 3 bulan.

Di mahkamah yang berasingan pula, Mohamad Syafiq menerima tuduhan yang ketiga kerana sengaja menghalang penjawat awam menjalankan tugas mereka dengan enggan memberhentikan kenderaan seperti yang telah diarahkan oleh polis ketika kejadian. Dia dijatuhkan hukuman 12 bulan lagi secara berasingan dan didenda RM5000.

Kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan

Dalam pertuduhan yang keempat, Majistret Nurasidah Rahman juga memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan bulan secara berasingan dan menjalankan perintah pengawasan selama dua tahun, atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan, menurut Seksyen 15 (1) (a Akta dadah Berbahaya 1952.

Orang kedua yang didakwa berhubungan dengan kejadian ini ialah Siti Noor Ashikin Muhammad Arifin berusia 26 tahun yang dijatuhkan penjara selama lapan bulan dan denda RM1000 kerana membenarkan teman lelakinya memandu tanpa lesen.

Mengaku bersalah atas tuduhan

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu setelah Siti Noor Ashikin mengaku bersalah atas tuduhan itu. Selain itu Siti Noor Ashikin ini juga dijatuhkan perintah pengawasan selama dua tahun atas kesalahan memasukkan amfetamin dan metafatamin ke dalam badan.

Manakala, teman lelakinya, Muhamad Syahrihudin Abdul Majid, 24, yang juga tertuduh ketiga pula, didenda RM1,000 dan jika gagal bayar, tiga bulan penjara, atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

Seorang lagi rakan mereka yang turut berada dalam kereta Perodua Myvi ketika kemalangan maut itu Muhamad Aiman Romli, 24, yang merupakan tertuduh keempat pula dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badan.

Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Noridayu Md Kassim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Konstabel Nicholester Dadup dari Sarawak maut

Dalam kejadian itu, Konstabel Nicholester Dadup dari Sarawak maut manakala rakan setugas mangsa yang juga pemandu kereta peronda polis (MPV), Lans Koperal Mohd Fadhirul Musa, 32, cedera parah.

Sebelum kejadian, kedua-dua anggota terbabit dilaporkan melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Perodua Myvi yang dinaiki penjenayah terbabit bergesel dengan kereta peronda dinaiki anggota dari Balai Polis Bandar Dato’ Onn itu berkenaan sebelum ia terbalik dan dilanggar sebuah SUV Perodua Aruz dinaiki orang awam.

Berikutan kejadian itu, kempat-empat suspek didapati positif dadah.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Joe Biden Dipilih Sebagai Presiden Baru AS, Menjadi Presiden Tertua Dalam Sejarah AS Joe Biden Dipilih Sebagai Presiden Baru AS, Menjadi Presiden Tertua Dalam Sejarah AS
Next Article Skim Bantuan Sewa Sebanyak RM200 Sebulan Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?