• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Skim Bantuan Sewa Sebanyak RM200 Sebulan Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan

Oleh
Husna Hazmi
9 November 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Ketua Menteri mengumumkan Skim Bantuan Sewa yang akan mula pada tahun depan.

Skim Bantuan Sewa Sebanyak RM200 Sebulan Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hari ini telah mengumumkan Skim Bantuan Sewa yang akan diperkenalkan pada tahun depan.

Menurut beliau, skim ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 buah isi rumah dari golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan.

kredit gambar: @unitkomunikasiawamsarawak  · Government organisation
kredit gambar: @unitkomunikasiawamsarawak  · Government organisation

Menerima bantuan sewa sebanyak RM200

“Di bawah skim ini, pemohon yang layak dari kumpulan berpendapatan rendah akan menerima bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh maksimum 36 bulan atau 3 tahun.”

“Untuk itu, sejumlah RM48 juta akan diperuntukkan di bawah Belanjawan ini yang akan memberi manfaat kepada 20,000 isi rumah yang layak”.

gambar sebagai hiasan

Sebanyak RM390 juta pada tahun 2021 diperuntukkan

Katanya semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan Bacaan Kali Pertama (Belanjawan Tahun 2021) dalam Persidangan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke 18 pada Isnin.

Di samping itu, beliau turut memberitahu Kerajaan Sarawak juga akan memperuntukkan sebanyak RM390 juta pada tahun 2021 untuk pelaksanaan projek pembangunan bandar iaitu Pembangunan Semula Darul Hana,Sungai Bedaun, Kampung Tabuan Melayu serta kerja-kerja infrastruktur di Kemuyang Sibu, Kampung Jepak, Bintulu, Kampung Baru, Samarahan, Kampung Segedup /Maong,Kuching dan Kampung Spaoh, Betong.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemandu Myvi Yang Menyebabkan Kematian Polis Dihukum 8 Tahun Penjara Serta Denda 30,000
Next Article Saintis Temui Vaksin COVID-19 Yang Memberi Keberkesanan Sebanyak 90%

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?