• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan ‘Complaint’ Nasi Goreng Pattaya Sendu

Oleh
Aina Musa
23 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu

Nasi goreng Pattaya indah khabar dari rupa

Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan ‘Complaint’ Nasi Goreng Pattaya Sendu. Isu kenaikan harga barang bukan sahaja memberi impak kepada pengusaha malah pelanggan turut mendapat kesan yang sama.

Terbaharu, tular di laman Twitter apabila seorang pelanggan wanita memuat naik satu video di mana nasi goreng Pattaya yang dipesannya indah khabar dari rupa dan dibeli di sebuah kedai melalui aplikasi Foodpanda.

pic.twitter.com/DUa7dG0a6m

— alepaan v_v (@lockscroll1) September 23, 2022

Jelasnya, beliau tidak berpuas hati dengan rupa hidangan itu kerana nasi goreng Pattaya yang diterimanya sekadar telur yang dilapik di atas nasi dan bukannnya dibungkus dengan nasi seperti kebiasaannya.

Tambahnya, beliau membelanjakan sekitar RM 13.50 untuk kos nasi goreng serta cas penghantaran namun makanan yang diterimanya tidak setimpal dengan harga yang dicas.

Pemilik restoran tampil dengan laporan polis

Video yang meraih jutaan tontonan itu akhirnya mendapat perhatian daripada pemilik restoran itu sendiri. Namun, tindakan yang diambil oleh beliau telah mengejutkan ramai pihak apabila pemilik kedai itu membuat laporan polis kerana merasakan tindakan gadis itu sebagai memalukan serta boleh menjejaskan reputasi perniagaannya.

Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu
Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan ‘Complaint’ Nasi Goreng Pattaya Sendu. Kredit: Twitter lockscroll1

Lebih mengejutkan, pemilik restoran itu mengatakan bahawa memang itu sebenarnya hidangan nasi goreng pattaya yang dijual di kedainya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh beliau menerusi akaun Tiktok beliau.

https://vt.tiktok.com/ZSR9nwhve/

Reaksi daripada netizen

Semestinya isu ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai beranggapan bahawa pemilik restoran itu sewajarnya menerima teguran itu serta menambah baik kualiti makanan mereka dan bukannya terus membuat laporan polis.

Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu
Kredit foto: Tiktok Ridzuan Abdullah275
Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu
Kredit foto: Tiktok Ridzuan Abdullah275

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen berseloroh untuk tidak membuat sebarang rungutan sekiranya makanan yang dipesan tidak menepati citarasa mereka.

Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu
Kredit foto: Tiktok Ridzuan Abdullah275
Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu
Kredit foto: Tiktok Ridzuan Abdullah275
Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu
Kredit foto: Tiktok Ridzuan Abdullah275

Ini pula kisah pemilik restoran sehingga buat netizen tersentuh:

Pesan Mi Kolok Kegemaran Buat Kali Terakhir, Respon Pemilik Kedai Ini Buat Netizen Tersentuh
SUMBER :Twitter myraexe_
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesan Mi Kolok Kegemaran Buat Kali Terakhir, Respon Pemilik Kedai Ini Buat Netizen Tersentuh Pesan Mi Kolok Kegemaran Buat Kali Terakhir, Respon Pemilik Kedai Ini Buat Netizen Tersentuh
Next Article Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?