• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik

Oleh
ILB - AI
23 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Macam ’Final Destination’, warga Sarikei kecoh jambatan runtuh

Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik. Semalam kecoh di media sosial tentang berita yang dibawa oleh kepantasan para netizen bertindak. Berita yang kecoh adalah tentang Jambatan Nyelong yang dikatakan runtuh.Biar betul? Hampir terkejut mendengar berita ini. Macam dengar plot cerita ’Final Destination’ pulak.

Dikhabarkan cerita ini heboh dikalangan masyarakat setempat disebabkan oleh gambar jambatan runtuh tersebut telah tersebar dan satu status Whatsapp juga telah tular. Segelintir warga Sarikei telah kecoh terutamanya di ruangan komen di akaun milik Moniera Annum.

Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik
Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik. Sumber gambar: FB Moniera Annum

JKR keluar notis berita palsu

Namun, menurut notis yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei hari ini, berita tersebut adalah berita palsu semata. Toh Chee Leong, jurutera JKR telah menegaskan bahawa keadaan jambatan tersebut masih utuh dan selamat digunakan untuk orang awam.

Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik
Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik. Sumber gambar: dayakdaily

Bukan itu sahaja, Toh juga menekankan isu penyebaran berita palsu supaya dapat dihentikan dan orang awam jangan mudah percaya.

Jalan berhampiran sahaja yang berlaku penurunan, jambatan tetap utuh dan selamat

Keadaan Jambatan Nyelong tersebut sememangnya sentiasa selamat digunakan oleh orang awam kerana bukan jambatan tersebut yang bermasalah. Cuma jalan yang berhampiran dengan jambatan sahaja yang dipercayai berlaku sedikit penurunan.

Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik
Berita Palsu Jambatan Nyelong Runtuh Buat Warga Sarikei Panik. Sumber gambar: FB Apeli Akustik

Hal ini yang sedang dipantau oleh pihak JKR setiap minggu pada hari Jumaat selama 3 bulan berturut-turut. Bermula daripada September ini, Oktober dan November 2022.

Jadi, orang awam terutamanya warga Sarikei, jangan gusar, jangan takut tentang keselamatan anda menggunakan jambatan ini. Sudah disahkan oleh JKR sendiri bahawa Jambatan Nyelong yang menjadi penghubung bahagian Sarikei ke bahagian-bahagian lain masih selamat digunakan.

Boleh baca artikel berikut untuk mengetahui isu lain yang terjadi yang berkaitan dengan jambatan:

Jambatan Milik Ladang Sawit Swasta Di Gedong Runtuh
Netizen Terhibur Lihat Kedegilan 2 Kereta Block Satu Sama Lain Atas Jambatan Tamparuli
SUMBER :FB Moniera AnnumDayakdailyFB Apeli Akustik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan 'Complaint' Nasi Goreng Pattaya Sendu Pemilik Restoran Buat Laporan Polis, Pelanggan ‘Complaint’ Nasi Goreng Pattaya Sendu
Next Article Bakar Koleksi Kesayangan K-pop Anak, Netizen Tak Setuju Dengan Tindakan Si Bapa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?