Bukan Biasa-Biasa Boss Ni!
Pemilik Restoran Tarik Perhatian Guna Ferrari Buat ‘Delivery’ Makanan Di Kuching. Semenjak negara kita mengenakan PKP, ramai pengusaha restoran yang cuba mencari cara yang luar dari kebiasaan untuk meneruskan operasinya. Kebanyakannya adalah menerusi khidmat penghantaran makanan.
Sekiranya anda sering melihat penghantar makanan menggunakan kenderaan ringan tapi lasak seperti motorsikal EX5 dan sejenis dengan nya. Namun demikian, lain pula ceritanya dengan sebuah kedai makanan di Kuching ini.
Pemilik restoran ini menarik perhatian ramai apabila beliau menghantar sendiri pesanan pelanggannya menggunakan Ferrari F430! Whoa!
Bijak Gunakan Tiktok, Hasil Jualan Sedikit Meningkat Semasa PKP
Restoran makanan Barat, Southbank Grill & Chill menerusi postingan di laman Facebook restoran tersebut menunjukkan khidmat penghantaran yang dilakukannya lain daripada yang lain. Boss mana yang nak hantar pesanan pelanggan terus ke depan pintu guna Ferrari wei!
Malah, menyedari operasi bisnes pada musim PKP ini lebih mencabar daripada biasa, pemilik restoran ini turut menggunakan kaedah pemasaran yang mudah tular iaitu menerusi aplikasi Tiktok. Melalui aplikasi ini, video promosi yang dihasilkan mempunyai jalan cerita yang lucu dan menjadikannya ia lebih menarik.
Walau pun tidak dapat memulihkan hasil jualan yang jatuh 95% dari hari biasa, namun kaedah ini sekurang-kurangnya sangat membantu melonjakkan jualan pada masa sukar ini.
Guna Ferrari, Pelanggan ‘Happy’
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook mereka juga, rata-rata pelanggan kelihatan sangat gembira dengan servis penghantaran Ferrari tersebut dan menunjukkan senyuman serta reaksi ‘thumbs-up’ atas penghantaran yang cemerlang.
Bukan itu sahaja, pelanggannya juga berpeluang untuk bergambar di sebelah kereta Ferrari merah menyala yang digunakan. Untung lah!
Bagi mendapatkan khidmat penghantaran menggunakan Ferrari ini, anda harus melakukan pesanan berjumlah RM 100 ke atas.
Self-Pickup Dapat Diskaun 10% Pula
Jika anda ingin mendapatkan khidmat penghantaran ini, semak jadual penghantaran mereka agar anda tidak terlepas.
Masa penghantaran :
- 10.30 am – 12.30 pm
- 12.30 pm – 2.30 pm
- 2.30 pm – 4.30 pm
- 4.30 pm – 6.15 pm
*Pesanan terakhir diterima pada jam 6 petang.
Tetapi, jika anda mahu mengambil sendiri pesanan tersebut di restoran, anda boleh mendapatkan 10% diskaun!
Boleh tahan kan?