• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen ‘Haiwan Angkat’

Oleh
Ismail NA
10 April 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Jadi Ibu Bapa Angkat Kepada Haiwan Yang Comel Ini!

Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen ‘Haiwan Angkat’. Pernahkah anda menjadi ibu bapa angkat kepada haiwan? Jika anda ingin berbuat demikian, anda boleh menyertai kempen yang diusahakan oleh Zoo Negara iaitu kempen ‘Haiwan Angkat’.

Untuk pengetahuan anda, kempen ‘Haiwan Angkat’ ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membeli keperluan harian serta makanan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara. Sebelum ini, hasil penjualan tiket di Zoo Negara adalah untuk membiayai kos makanan. Dengan tempoh PKP yang semakin dipanjangkan, maka mereka berkemungkinan menghadapi kekurangan makanan.

Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen 'Haiwan Angkat'
Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen ‘Haiwan Angkat’

Malah, mungkin makanan mereka terpaksa dicatu. Kasihan kan?

Sumbangan Untuk Makanan, Perubatan Dan Pengurusan Haiwan

Oleh yang demikian, demi memastikan haiwan-haiwan ini mendapat sumber makanan, perubatan dan pengurusan yang berterusan, Zoo Negara kini giat menjalankan kempen ‘Haiwan Angkat’ di mana anda boleh menderma kepada pihak pengurusan dan diiktiraf sebagai ibu bapa angkat kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Bukan itu sahaja, anda boleh memilih haiwan manakah yang ingin anda jadikan sebagai haiwan angkat. Wah!

Nak angkat panda? Harimau? Katak? Semua boleh!

Anda boleh menderma bermula dari RM 25 dan ke atas dan mendapatkan e-sijil (e-certificate) yang mengesahkan anda sebagai ibu bapa angkat kepada haiwan yang anda pilih. Sekiranya anda menderma lebih daripada RM 50 dan ke atas, nama anda akan diletakkan di laman web Zoo Negara sebagai penghargaan serta beberapa manfaat lain.

Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen 'Haiwan Angkat'

Atas RM 50

  • Sijil Haiwan Angkat
  • 1 keping baucar Zoo Negara (seorang kanak-kanak bersama seorang dewasa berbayar)
  • Penghargaan di laman web Zoo Negara

Atas RM 100

  • Sijil Haiwan Angkat
  • 2 unit pad nota Zoo Negara
  • 2 keping baucar Zoo Negara (seorang kanak-kanak ditemani seorang dewasa berbayar)
  • Penghargaan di laman web Zoo Negara

Atas RM 200

  • Sijil Haiwan Angkat
  • 4 unit pad nota Zoo Negara
  • 4 keping baucar Zoo Negara (seorang kanak-kanak ditemani seorang dewasa berbayar)
  • Penghargaan dalam Laporan Tahunan Zoo Negara
  • Penghargaan di laman web Zoo Negara

Atas RM 500

  • Sijil Haiwan Angkat
  • 6 unit pad nota Zoo Negara
  • 6 keping baucar Zoo Negara (seorang kanak-kanak ditemani seorang dewasa berbayar)
  • Penghargaan dalam Laporan Tahunan Zoo Negara
  • Penghargaan di laman web Zoo Negara

Bagaimana hendak sertai? Ikuti langkah mudah ini.

1. Layari laman web Zoo Negara Adoption Package di ticket2u.com.my

2. Lihat dan pilih haiwan yang anda ingin jadikan sebagai haiwan angkat. Anda boleh lihat lebih banyak senarai di laman web tersebut. Semuanya comel belaka!

Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen 'Haiwan Angkat'
Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen 'Haiwan Angkat'

3. Pilih amaun yang ingin anda sumbangkan. Nak derma sampai RM 1,000 ke atas pun on saja.

4. Lengkapkan maklumat anda pada langkah berikutnya dan lakukan pembayaran.

5. Setelah anda kembali ke laman utama, tekan ‘Retrieve Ticket‘ untuk menebus tiket anda. Setelah anda menerima emel yang mengandungi tiket anda, barulah anda boleh menebus e-sijil anda menggunakan nombor tiket anda.

6. Tada! Beginilah rupa e-sijil anda!

Anda Boleh Jadi Ibu Bapa Haiwan Di Zoo Negara Menerusi Kempen 'Haiwan Angkat'

Mudah saja kan? Layari laman sosial Facebook Zoo Negara untuk maklumat lanjut.

Untuk artikel lain, rujuk di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Sediakan RM 98.4 Juta Untuk Bantuan Khas RM1500 Bagi Setiap Peniaga Dan Penjaja Kecil
Next Article Pemilik Restoran Tarik Perhatian Guna Ferrari Buat ‘Delivery’ Makanan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?