• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Peminat Puisi Wajib Tonton ‘Lingua Franca’, Acara Dalam Talian Hasil Kolaborasi Sarawak Dan England Utara

Oleh
ILB - AI
15 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Peminat Puisi Wajib Tonton 'Lingua Franca', Acara Dalam Talian Hasil Kolaborasi Sarawak Dan England Utara

Anda dijemput untuk menonton Lingua Franca… secara percuma!

Peminat Puisi Wajib Tonton ‘Lingua Franca’, Acara Dalam Talian Hasil Kolaborasi Sarawak Dan England Utara. Adakah anda minat puisi Inggeris dan spoken word tetapi tidak dapat menonton secara langsung akibat pandemik? Bila kali terakhir anda menghadiri acara puisi dan spoken word? Sekiranya anda ingin menonton acara seperti ini lagi, anda bertuah!

Isi Isi Penting
  • Anda dijemput untuk menonton Lingua Franca… secara percuma!
  • Sebuah kolaborasi untuk mengenali lebih dalam tentang identiti nasional dan budaya yang berbeza
  • Akan disiar pada 17 Julai 2021
  • Dianjurkan oleh Borneo Bengkel dan Wordsmiths of Kuching
  • Penyertaan adalah PERCUMA

Dengan kerjasama Borneo Bengkel bersama dengan bakat tempatan dari Wordsmiths of Kuching serta bakat-bakat dari Timur Laut England, Borneo Bengkel mempersembahkan sebuah acara puisi dan spoken word iaitu Lingua Franca.

Peminat Puisi Wajib Tonton ‘Lingua Franca’, Acara Dalam Talian Hasil Kolaborasi Sarawak Dan England Utara

Sebuah kolaborasi untuk mengenali lebih dalam tentang identiti nasional dan budaya yang berbeza

Meskipun Malaysia masih berada dalam kawalan ketat, sekumpulan anak muda Sarawak telah mencari cara kreatif untuk mewujudkan hubungan antarabangsa.

Ini turut mewujudkan sebuah peluang unik untuk mendengar pelbagai suara di satu pentas iaitu Lingua Franca, sebuah acara puisi kolaborasi antara tujuh penyajak dari Malaysia dan Timur Laut England.

Merupakan satu eksperimen dalam solidariti, acara ini akan menjelajah dua secara luas identiti nasional dan budaya yang berbeza – namun selari – melalui spoken word dan berharap dapat mencetuskan perbualan di UK dan Malaysia mengenai identiti, peminggiran, dualisme, dan sebagainya.

Lingua Franca ialah sebuah acara yang menarik bagi mereka yang berminat dengan puisi Inggeris dan spoken word!

Akan disiar pada 17 Julai 2021

Dianjurkan dalam talian pada Sabtu ini (17 Julai 2021), acara ini akan melancarkan Pesta GEM Arts Masala iaitu sebuah pesta Inggeris meraikan seni dan budaya Asia Tenggara.

Dengan para bakat membaca puisi mereka di dua pentas – satu di HAUS Kuching di Malaysia, dan satu lagi di Alphabetti Theatre di Newcastle upon Tyne – acara ini akan disiarkan dalam talian kepada penonton antarabangsa.

Susunan acara merangkumi bakat tempatan dari Wordsmiths of Kuching (WOK), sebuah kumpulan penyajak di Malaysia, Angelina Bong, Bethany Balan, Neyna Radzuan, dan Maclean Patrick serta penyair Inggeris Tahmina Ali, AJ McKenna, dan Matt Miller.

Majlis perasmian pameran seni dan puisi solo Angelina Bong pada akhir 7 minggu
Art-Writing Residency di Pusat Budaya Toji, Wonju, Korea Selatan, 2018.
Bethany Balan: Membuat persembahan untuk Word Of Mouth Edisi Khas II, bekerjasama dengan What About Kuching (sebuah pesta yang meraikan seni dan budaya selama sebulan), Kuching, 2018. Jurugambar: Jee Foong
Maclean Patrick: Membuat persembahan untuk Word Of Mouth Special Edition II, bekerjasama dengan What About Kuching (sebuah pesta yang meraikan seni dan budaya selama sebulan), Kuching, 2018. Jurugambar: Jee Foong
Neyna Radzuan: Word of Mouth: Festival bekerjasama dengan Kamek Kitak Stories (sebuah organisasi yang didedikasikan untuk
membina komuniti dan menyediakan platform untuk pencerita dan penyair di Kuching berkongsi kisah peribadi yang benar).
Kuching, 2018. Jurugambar: Brian Jong
Tahmina Ali: Membuat persembahan untuk acara Unfinished Business
AJ McKenna: Diambil di Bloomsbury Theatre, London, semasa Public Address Tour, oleh Suzi Corker untuk Apples and Snakes
Matt Miller: Diambil semasa sebuah persembahan untuk Fitting di ARC Stockton, December 2018. Kredit gambar: Ian Paine

Melalui puisi mereka, semua bakat ini membincangkan mengenai akar dan identiti mereka, dan acara ini bertujuan untuk meneroka persimpangan yang boleh bertemu dengan para penyair ini berkongsi kata, cerita dan pengalaman antara satu sama lain.

Acara ini membawa 7 penyajak berbakat dari dua negara yang berbeza untuk bersatu dan berkongsi tentang pengalaman masing-masing mengenai identiti, peminggiran, dualisme, dan sebagainya.

Dianjurkan oleh Borneo Bengkel dan Wordsmiths of Kuching

Lingua Franca adalah puncak pertemuan penyair kolaboratif yang dianjurkan oleh Borneo Bengkel dan Wordsmiths of Kuching, sebagai sebahagian daripada program antarabangsa Born(neo) NORTH + EAST, dengan tujuan agar merapatkan hubungan antara kreatif dari Timur Laut England dan Borneo di Asia Tenggara.

Program ini dibiayai oleh program British Council’s Connections through Culture dan dikurasi oleh Catriona Maddocks, dari platform kreatif Borneo Bengkel.

Berasal dari Timur Laut England, Catriona telah tinggal di Sarawak selama 11 tahun sebelum beliau terpaksa kembali ke Britain pada awal pandemik tahun lalu.

Penyertaan adalah PERCUMA

Sekiranya anda berminat untuk menonton acara ini, anda boleh menonton secara percuma. Namun, anda dikehendaki untuk mendaftar menerusi pautan ini: https://tinyurl.com/linguafrancareg

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Borneo Bengkel menerusi @borneobengkel (Facebook, Instagram, Twitter) dan Facebook Event Page acara ini.

Acara Lingua Franca akan berlangsung pada 17 Julai 2021, pukul 6PM – 7:30PM.

Lingua Franca akan berlangsung pada 17 Julai pukul 6PM!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Hujan Berterusan, Lawas Dilanda Banjir Kilat TERKINI : Hujan Berterusan, Lawas Dilanda Banjir Kilat
Next Article Vaksinasi Gelandangan Di Sarawak Dijadual Akan Bermula 28 Julai Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?