• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Vaksinasi Gelandangan Di Sarawak Dijadual Akan Bermula 28 Julai Ini

Oleh
Husna Hazmi
15 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Vaksinasi gelandangan akan bermula di Kuching sebelum beralih ke bahagian lain.

Vaksinasi Gelandangan Di Sarawak Dijadual Akan Bermula 28 Julai Ini. Golongan gelandangan juga turut diambil kira dalam pemberian vaksin Covid-19 ini. Sekiranya golongan ini dibiarkan berkeliaran tanpa perlindungan, risiko penyebaran virus ini pastinya akan menjadi lebih tinggi.

Vaksinasi Gelandangan Di Sarawak Dijadual Akan Bermula 28 Julai Ini
Vaksinasi Gelandangan Di Sarawak Dijadual Akan Bermula 28 Julai Ini

Dijadualkan bakal bermula pada 28 Julai ini di Desa Bina Diri, Kuching

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, program vaksinasi untuk golongan gelandangan dijadualkan bakal bermula pada 28 Julai ini di Desa Bina Diri, Kuching sebelum beralih ke bahagian lain di Sarawak.

Beliau berkata, golongan gelandangan yang mendapat perlindungan di Desa Bina Diri juga sudah didedahkan dengan pelbagai latihan kemahiran sebagai persediaan meneruskan kehidupan yang lebih baik serta mampu berdikari selepas kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) berakhir.

Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa gelandangan adalah terdiri daripada mereka yang kehilangan tempat tinggal baru-baru ini, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vaksinasi Gelandangan Di Sarawak Dijadual Akan Bermula 28 Julai Ini

Vaksin satu dos dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Menurut Dato Sri Fatimah Abdullah lagi, kerajaan juga menimbang menggunakan vaksin satu dos dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan gelandangan.

Tambah beliau lagi, program vaksinasi kepada para gelandangan di negeri Sarawak ini amatlah mencabar kerana golongan ini sering berpindah tempat.

“Kami telah berbincang dengan pengarah kesihatan negeri dan vaksin satu dos sesuai kepada mereka yang tiada tempat tinggal. Semasa mereka berada di kem, vaksinasi lebih mudah dilakukan kerana mereka sentiasa ada berada di situ,” ujar beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peminat Puisi Wajib Tonton 'Lingua Franca', Acara Dalam Talian Hasil Kolaborasi Sarawak Dan England Utara Peminat Puisi Wajib Tonton ‘Lingua Franca’, Acara Dalam Talian Hasil Kolaborasi Sarawak Dan England Utara
Next Article Amaran Dari WHO, Varian COVID-19 Delta Cenderung Jadi Dominan Dalam Tempoh Beberapa Bulan Akan Datang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?