• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penampakan ‘Meteor’ Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen

Oleh
Aina Musa
31 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Fenomena ‘meteor shower’ di ruang udara Sarawak

Penampakan ‘Meteor’ Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen. Sejak semalam, tular beberapa buah video di media sosial mengenai penampakan Meteor atau tahi bintang yang dirakam oleh orang awam sekitar Sarawak.

Objek seperti tahi bintang itu sempat dirakam di beberapa bahagian di Sarawak misalnya di bahagian Kuching dan Sibu sekitar pukul 12.50 malam tadi.

Penampakan 'Meteor' Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen
Penampakan ‘Meteor’ Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen. Kredit Foto: Twitter Nazri Sulaiman

Bunyi dentuman kuat yang mengiringi ‘objek’ tersebut juga telah menguatkan pandangan orang awam bahawa objek itu sebenarnya meteor.

Tular sehingga luar negara

Namun, menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter yang dikenali sebagai Nazri Sulaiman, beliau telah berkongsi satu klip video mengenai penampakan meteor di sekitar Kuching.

Video tersebut telah tular di Twitter sehingga mendapat pelbagai respons daripada penggguna Twitter seluruh dunia.

Penampakan 'Meteor' Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen
Kredit Foto: Twitter Nazri Sulaiman
Penampakan 'Meteor' Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen
Penampakan ‘Meteor’ Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen. Kredit Foto: Twitter Nazri Sulaiman

Menariknya, ramai menyangkal bahawa objek tersebut bukannya meteor seperti sangkaan penduduk Sarawak.

‘Meteor’ sebenarnya serpihan roket China

Tetapi, objek yang kelihatan seakan-akan meteor di langit itu merupakan serpihan roket China yang jatuh di Sarawak.

Kejadian itu telah disokong oleh Space Track menerusi laman Twitter mereka.

Penampakan 'Meteor' Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen
Kredit Foto: Twitter Space Gab Podcast

Menurut Space Track, sisa roket Long March 5B (2022-085B/53240) telah memasuki atmosfera bumi pada 31 Julai 2022, 12:51 AM waktu Malaysia ± 1 minit dengan anggaran lalitud 3.4 longitud 113 berhampiran Sarawak.

Video yang dirakam oleh orang ramai di Sarawak sebenarnya sisa roket Long March 5B (2022-085B/53240) memasuki kembali atmosfera bumi.

Roket tersebut telah digunakan untuk melancarkan modul Wentian ke stesen angkasa Tiangong pada 24 Julai lalu.

Terdapat satu laman Youtube yang melaporkan ‘insiden’ ini secara live dan mereka meminta penduduk Sarawak yang terjumpa sisa ini agar menjauhinya demi kesihatan kerana objek tersebut mengandungi radiasi radioaktif bersamanya.

Penampakan 'Meteor' Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen
Penampakan ‘Meteor’ Dan Bunyi Dentuman Kuat Di Sarawak Cetus Tanda Tanya Netizen

Letupan yang kuat didengari oleh orang ramai pula sebenarnya adalah bunyi daripada jasad logam yang terbakar serta menembusi atmosfera basah dan tumpat.

Sisa roket itu pula dipercayai mungkin jatuh di jalur wilayah di antara Bekenu – Miri – Negara Brunei – Limbang – Lawas – Beaufort dan bahagian selatan Pantai Barat Sabah.

Kejadian seperti ini pernah berlaku di Sarawak sebelum ini, baca di sini:

SUMBER :Twitter Nazri Sulaiman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Itu bukan Sabah, Itu Loghat Bugis’ Netizen Terhibur Lihat Aeril Zafrel Cakap Sabah
Next Article Aksi ‘Berani Mati’ 3 Budak Lelaki Panjat Lori Tangki Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?