I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bunyi Letupan Misteri Di Utara Sarawak, Brunei, Dan Sabah Dipercayai Berasal Dari Meteor

Oleh Ismail NA
1 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut dilaporkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD)

Bunyi Letupan Misteri Di Utara Sarawak, Brunei, Dan Sabah Dipercayai Berasal Dari Meteor. Heboh semalam bahawa terdapat satu bunyi letupan yang kuat disusuli gempa kecil dirasai oleh penduduk terutamanya di kawasan Utara Sarawak (Limbang, Lawas), Brunei serta beberapa daerah di Sabah.

Isi Isi Penting
Perkara tersebut dilaporkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD)Cahaya seakan biru kehijauan jatuh dari langit di BruneiGegaran dan bunyi letupan turut dirasai di Limbang, Lawas, Labuan, Sipitang, Kuala Penyu dan BeaufortBaca juga :

Bunyi misteri tersebut rupanya berasal dari meteor sepertimana yang dilaporkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) melalui sebuah kenyataan rasmi, semalam.

Cahaya seakan biru kehijauan jatuh dari langit di Brunei

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang persatuan tersebut, beberapa saksi kejadian memberitahu bahawa mereka melihat bebola api berekor yang terang dari ruang angkasa, asap, dan seterusnya diikuti oleh bunyi letupan yang kuat.

Bunyi Letupan Misteri Di Utara Sarawak, Brunei, Dan Sabah Dipercayai Berasal Dari Meteor
Bunyi Letupan Misteri Di Utara Sarawak, Brunei, Dan Sabah Dipercayai Berasal Dari Meteor
Sumber : FB Zaidi Zainal Lsdm

Haziq, 22 tahun, salah seorang saksi kejadian menyaksikan cahaya seakan biru kehijauan jatuh dari langit di Mulaut dan kemudian bertukar menjadi warna jingga kemerahan dalam masa beberapa saat.

Saksi kejadian lain tutut menyaksikan fenomena tersebut dari beberapa lokasi yang berbeza di Brunei iaitu di Jerudong, Lumut, Seri, Kampung Kulapis, Pantai Penanjong, dan Temburong.

Gegaran dan bunyi letupan turut dirasai di Limbang, Lawas, Labuan, Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort

Selain di Brunei, gegaran dan letupan tersebut turut dirasai di Utara Sarawak seperti di Limbang, Lawas, Labuan, Sipitang, Kuala Penyu, dan Beaufort. Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei turut mengesan gegaran seakan gempa pada jam 11.03 pagi semalam yang semestinya bukan berasal daripada sebarang gempa bumi di Brunei mahupun kawasan sekitar Sarawak, Labuan dan Sabah.

Bunyi Letupan Misteri Di Utara Sarawak, Brunei, Dan Sabah Dipercayai Berasal Dari Meteor
Bunyi Letupan Misteri Di Utara Sarawak, Brunei, Dan Sabah Dipercayai Berasal Dari Meteor

Jelas PABD lagi, kejadian meteor adalah sebuah fenomena yang jarang berlaku. Kebanyakan waktu, meteor adalah hasil daripada letupan meteroid di ruang atmosfera. Beberapa meteroid berjaya memasuki ruang Bumi dan ia disebut sebagai meteorit.

Adakah anda antara saksi kejadian dan mendengar bunyi letupan ini semalam? Kongsikan di ruangan komen.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Daerah Song Dan Kapit Dikenakan PKP Dua Minggu, Bermula 2 Februari Ini
Next Article Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?