• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pencapaian Bersejarah Untuk Malaysia, Sarawak Jadi Tuan Rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC)

Oleh
Farisha
3 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak tuan rumah Kejohanan Tinju Dunia WBC 2024

Pencapaian Bersejarah Untuk Malaysia, Sarawak Jadi Tuan Rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC). Sarawak akan menjadi tuan rumah World Boxing Championship (WBC) berprestij yang akan diadakan pada 11 Mei tahun ini di Stadium Indor Petra Jaya.

Presiden Persatuan Sukan Tinju Amatur Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo berkata sebanyak 12 negara telah mengesahkan penyertaan mereka, termasuk kuasa besar tinju (boxing powerhouses) seperti Kazakhstan, United Kingdom, dan Jepun.

Pencapaian Bersejarah Untuk Malaysia, Sarawak Jadi Tuan Rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC)
Pencapaian Bersejarah Untuk Malaysia, Sarawak Jadi Tuan Rumah Kejohanan Tinju Dunia (WBC). Sumber: Olympics

“Ini menandakan satu pencapaian bersejarah untuk Malaysia dan Sarawak khususnya kerana kami (Sarawak) diberi peluang untuk menganjurkan kejohanan tinju antarabangsa menampilkan petinju profesional dari seluruh dunia,” kata Rahman menurut sumber.

Penganjuran Kejohanan Terbuka Sarawak 2024 akan menjadi pelopor kepada acara WBC dan menggambarkan komitmen Negeri dalam memupuk bakat tinju serta mempersiapkan peserta untuk pertandingan besar.

Menurut Rahman, penglibatan pelbagai wilayah termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Kalimantan Barat, Sumatra, Singapura dan Sri Lanka dalam Kejohanan Terbuka Sarawak mencerminkan minat serantau dan antarabangsa terhadap kejohanan itu.

“Setakat ini, kami menerima penyertaan yang hebat untuk Kejohanan Terbuka Sarawak dan ia menjadi pemanasan untuk SUKMA 2024 yang akan datang, membolehkan petinju muda mengasah kemahiran mereka serta meningkatkan kecemerlangan sukan Malaysia,” katanya dan menambah bilangan peserta mungkin meningkat selepas sambutan Hari Raya.

Sementara itu, beliau juga berbangga dengan penyertaan anak kelahiran Sarawak, Kilat Boy, Daelonial McDelon Bong dalam kejohanan WBC akan datang di bawah kategori Super Bantamweight 55.3kg.

Rahman kemudiannya mengetengahkan kerjasama dengan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Kreatif dan Kesenian Sarawak (MCP) di bawah pimpinan Menteri MYSED, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kejohanan Terbuka Sarawak 2024 akan diadakan dari 6 Mei hingga 10 Mei, yang juga akan berlangsung di Stadium Indor Petra Jaya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Abang Jo: Sarawak Bakal Miliki ‘Velodrom’ Sendiri Sempena SUKMA 2024
Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan

SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beli Untuk Berbuka Puasa, Wanita Trauma Jumpa Bangkai Cicak Dalam Air Balang
Next Article Jambatan Marudi Sepanjang 650 Meter Kini Siap 73 Peratus Jambatan Marudi Sepanjang 650 Meter Kini Siap 73 Peratus

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?