• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan

Oleh
Aina Musa
25 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Akui Dulu 'Kaki Gaduh' Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan

Dari ‘street fighter’ ke gelanggang Sukma

Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan. Siapa sangka ‘kaki gaduh’ ini berjaya mengharumkan nama Sarawak apabila berjaya meraih gelaran juara dalam sukan tinju pada temasya sukan Sukma kali ini.

Menyedari kecenderungannya bergaduh dan bertumbuk di sekolah tidak mendatangkan sebarang manfaat, atlet Sarawak Jackson Chambai Ikeh memutuskan untuk menyertai sukan tinju seawal usia 12 tahun.

Akui Dulu 'Kaki Gaduh' Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan
Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan. Kredit Foto: Harian Metro

Hari ini pemuda berusia 21 tahun itu merangkul emas Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 menerusi acara fly 48-51 kilogram (kg) di Kompleks Futsal Malaysia, Kuala Lumpur.

“Masa sekolah selalu gaduh, lagi-lagi masa itu berdarah panas asyik nak bertumbuk je. Bertumbuk di luar tak berguna, lebih baik saya main tinju.

Mula terlibat dalam sukan tinju seawal usia 12 tahun

“Jadi 2013 saya mula main tinju dengan jurulatih pertama saya Joseph Harry,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.

Dalam pada itu, mengulas perlawanannya semalam Jackson yang menjadikan petinju Kazakhstan Genandy Golovkin sebagai idolanya berkata beliau hanya fokus kepada strategi untuk membuat serangan balas terhadap pihak lawan.

Akui Dulu 'Kaki Gaduh' Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan
Kredit foto: Misiah Taib

“Saya sangat puas hati pada pusingan pertama tapi pusingan kedua saya tak puas hati sebab pihak lawan suka peluk saya, jadi saya tak dapat nak buat serangan,” katanya.

Jackson mempamerkan gerakan pantas untuk menundukkan pencabarnya dari Wilayah Persekutuan, Mohamad Hakimi Sumadi 5-0.

Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aidil Ashraf Abdul Razak daripada Johor dan Muhammad Mukhriz Khan Muzafar Khan yang mewakili Pulau Pinang.

Emas Sarawak turut disumbangkan oleh Kilat Boy

Sementara itu, Sarawak turut muncul juara acara Feather 54-57kg menerusi jaguhnya Daeloniel Mcdelon Bong.

Akui Dulu 'Kaki Gaduh' Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan
Kredit foto: SukanSarawak

Daeloniel yang dikenali sebagai Kilat Boy, menang mudah ke atas petinju Wilayah Persekutuan Alif Akmal Muhamad Asri 5-0, sementara gangsa menjadi milik Sheikh Rahmatullah Ibrahim daripada Pulau Pinang dan atlet Sabah, Mohammad Fairul Yee Abdullah.

Kenali atlet Sarawak yang berjaya menghadiahkan emas untuk Sarawak pada Sukma kali ini:

Jonah Chang, Atlet Pertama Sarawak Raih Emas SUKMA 2022 Tewaskan Wakil Negara
Pertama Untuk Pasukan Tenis SUKMA Sarawak, Beregu Lelaki Sumbang Emas
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gosok Pun Tak Hilang, Netizen Terhibur Lihat Lelaki Ini Bingung Kesan Gincu Pada Cawan Gosok Pun Tak Hilang, Netizen Terhibur Lihat Lelaki Ini Bingung Kesan Gincu Pada Cawan
Next Article Bekas Atlet Sukan SEA Asal Sarawak Ini Rangkul Takhta ‘Bachelor of Malaysia’ 2022

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?