• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pendaftaran Dibuka Mulai 26 Jun, Ketahui Cara Mohon Kredit ‘eBelia Rahmah’ Berjumlah RM200 Via e-Dompet

Oleh
ILB - AI
23 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pendaftaran Dibuka Mulai 26 Jun, Ketahui Cara Mohon Kredit 'eBelia Rahmah' Berjumlah RM200 Via e-Dompet

Hanya warganegara Malaysia berusia 18 – 20 tahun sahaja layak menerima inisiatif ini

Pendaftaran Dibuka Mulai 26 Jun, Ketahui Cara Mohon Kredit ‘eBelia Rahmah’ Berjumlah RM200 Via e-Dompet. Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan kredit sebanyak RM200 di bawah inisiatif ‘eBelia Rahmah’.

Inisiatif yang akan dibuka untuk pendaftaran bermula 26 Jun ini hanya untuk mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa institusi pengajian tinggi (IPT) berdaftar Malaysia berstatus aktif sebelum 30 April 2023.

Pendaftaran Dibuka Mulai 26 Jun, Ketahui Cara Mohon Kredit ‘eBelia Rahmah’ Berjumlah RM200 Via e-Dompet

Cara untuk mohon

Untuk makluman anda, hanya mereka yang lahir pada tahun 2003 sehingga 2005 sahaja layak menerima kredit ini. Namun, pengecualian akan diberi kepada mereka yang masih belajar sepenuh masa IPT berstatus aktif sebelum 30 April 2023.

Pada masa ini, hanya terdapat tiga saluran eWallet yang akan digunakan untuk menebuskan kredit RM200 ini iaitu Touch ‘n Go, Setel dan Boost.

Kredit: RTM

Berikut adalah cara untuk memohon kredit eBelia Rahmah:

  1. Muat turun aplikasi e-dompet yang terlibat (antara Touch ‘n Go, Setel atau Boost) dari Apple Store, Google Play atay Huawei AppGallery. Bagi pengguna baru, ikut arahan yang disediakan aplikasi.
  2. Anda akan dikehendaki untuk mengesahkan identiti anda secara elektronik (Know-Your-Customer [eKYC])
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan ‘Hantar’
  4. Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari

Perlu diketahui bahawa anda hanya boleh menuntut kredit RM200 daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Terhad untuk pembelian tertentu sahaja

Kredit eBelia Rahmah boleh digunakan untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan menerusi e-dompet, kecuali:

  1. Pemindahan “peer-to-peer”
  2. Penebusan tunai
  3. Bayaran bil utiliti terintergrasi dengan aplikasi e-tunai
  4. Bayaran fee berkatain Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai
  5. Bill pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai
  6. Pembelian permainan (games) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan integrasi dengan aplikasi e-tunai
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman eBeliaRahmah menerusi pautan ini.

Lagi di sini:

Menyamar Sebagai Polis Untuk Curi Kereta, Seorang Lelaki Dari Kuching Dipenjara 3 Bulan
Ceroboh Rumah Pemain Bola Sepak Sabah, Bekas Kekasih Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ibu Bapa Buat Tak Tahu Anak Terpekik Melolong, Pelanggan Berang Sampai Ada Yang Keluar Kafe
Next Article Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?