• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama

Oleh
Nazihah AN
23 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama

Lima penumpang telah diisytihar meninggal dunia pada hari pertama

Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama. Berakhirnya drama kehilangan kapal selam titan sejak Ahad lalu yang membawa pelancong ke Titanic setelah pakar sahkan kapal selam meleduk (implode) pada hari pertama.

Pagi ini drama kehilangan kapal selam Titan yang membawa pelancong ke Titanic berakhir pagi tadi setelah diumumkan oleh pihak Penjaga Pantai Amerika Syarikat (USCG) bahawa bangkainya telah ditemui di dasar laut.

Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama

Serpihan itu menunjukkan kapal selam tersebut meleduk, sekali gus mengorbankan kesemua penumpangnya.

Berdasarkan serpihan yang bersepah, USCG menyimpulkan bahawa kapal selam Titan meleduk disebabkan tekanan air di dalam laut yang mencecah 380 kali ganda lebih tinggi berbanding tekanan atmosfera.

Serpihan kapal ditemui oleh sebuah ROV dari kapal Horizon Arctic. Pada permulaan operasi, kon buritan kapal Titan dikesan 1,700 kaki jauhnya dari bahagian depan kapal Titanic sebelum lebih banyak serpihan kapal Titan ditemukan. Kini, dua buah ROV sedang melakukan pemetaan medan serpihan kapal Titan dengan tujuan meneliti lebih jauh berkenaan kejadian yang berlaku.

Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama

Katanya, sebanyak lima serpihan kapal selam itu ditemukan.

Selain itu, mengikut laporan daripada Wall Street Journal, nasib lima anak kapal Titan telahpun diketahui oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) sejak hari pertama kehilangan kapal selam tersebut.

Melalui rangkaian sonar dan sensor penjejak kapal selam (SOSUS), bunyi letupan di dasar laut telah dikesan pada hari Titan dilaporkan hilang. Walau bagaimanapun, masih belum diketahui sebab USN tidak berkongsi maklumat ini dengan pasukan mencari dan menyelemat yang kemudiannya berusaha mencari kapal Titan.

Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama

“Kami ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa,” kata OceanGate Expedition yang mengendalikan kapal selam Titan.

SOSUS atau nama panjangnya Sound Surveillance System ialah rangkaian sensor yang dibina selepas Perang Dunia Kedua bagi mengesan kehadiran kapal selam Soviet di lautan Atlantic. Ia bermula dengan menggunakan sistem hidrofon bawah laut, dan kini ia mempunyai rangkaian sensor moden yang lebih efektif untuk mengesan kapal selam yang beroperasi dengan senyap.

Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama

Jika anda terlepas mengetahui tentang ekspedisi yang dianjurkan oleh OceanGate, boleh baca di bawah:

‘Trip’ Kapal Selam Bernilai RM1.2 Juta Untuk Lawat Bangkai Titanic Hilang, Peluang Diselamatkan Sangat Tipis
https://www.iloveborneo.my/tragedi-tenggelamnya-m-v-pulau-kidjang-1973-di-muara-kuala-rajang-sarawak/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pendaftaran Dibuka Mulai 26 Jun, Ketahui Cara Mohon Kredit 'eBelia Rahmah' Berjumlah RM200 Via e-Dompet Pendaftaran Dibuka Mulai 26 Jun, Ketahui Cara Mohon Kredit ‘eBelia Rahmah’ Berjumlah RM200 Via e-Dompet
Next Article Berkonsepkan 'Gothic', Gereja St Peter's Bakal Tampung Lebih 1000 Penganut Kristian Di Kuching Berkonsepkan ‘Gothic’, Gereja St Peter’s Bakal Tampung Lebih 1000 Penganut Kristian Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?