• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pendaftaran Percuma Kenyalang Gold Card Di Tadika St Faith, Pada 7 Oktober Ini

Oleh
Farisha
3 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Warga emas digalakkan memohon Kenyalang Gold Card di, tadika St Faith, Kuching

Pendaftaran Percuma Kenyalang Gold Card Di Tadika St Faith, Pada 7 Oktober Ini. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Satok dan Cawangan Pending SUPP akan bersama-sama menganjurkan pendaftaran percuma Kenyalang Gold Card (KGC) di Tadika St Faith yang terletak di Jalan Chawan, Taman Kenyalang, pada 7 Oktober ini.

Menurut laporan, kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bersempena dengan Tamu Gereja St Faith, yang akan berlangsung pada hari yang sama dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Pendaftaran Percuma Kenyalang Gold Card Di Tadika St Faith, Pada 7 Oktober Ini
Sumber: borneotoday

Banyak diskaun dan rebat yang dapat dinikmati

Difahamkan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dengan kad pengenalan ‘K’ atau pemastautin tetap Sarawak layak dan dialu-alukan untuk memohon KGC.

Dalam pada itu, pemegang KGC dapat menikmati pelbagai rebat dan diskaun untuk keperluan harian di seluruh Sarawak. Keperluan diskaun termasuk makanan, barangan runcit, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan optic dan pengangkutan.

Pendaftaran Percuma Kenyalang Gold Card Di Tadika St Faith, Pada 7 Oktober Ini
Sumber: dayakdaily

Malah, dapat terima Bantuan Ihsan Kematian sebanyak RM3,000

Selain itu, pemegang KGC juga berhak menerima Bantuan Ihsan Kematian sebanyak RM3,000. Faedah tersebut hanya terpakai kepada pemegang kad yang bukan pesara kerajaan dan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dan tidak menerima bantuan yang sama dari mana-mana jabatan atau agensi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Abang Johari: Kenyalang Gold Card Tanggung Kos Pemeriksaan Kesihatan Rakyat
Ini Panduan Ringkas Untuk Anda Dapatkan Kenyalang Gold Card
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Duo 'Bujang Sarawak', Bertrand-Enrique Sumbang Gangsa Terjun 10 Meter Di China Duo ‘Bujang Sarawak’, Bertrand-Enrique Sumbang Gangsa Terjun 10 Meter Di China
Next Article Kerajaan Persekutuan Lapor Tiada Permintaan Rasmi Tukar Sabah Sarawak Ke Wilayah Persekutuan Kerajaan Persekutuan Lapor Tiada Permintaan Rasmi Tukar Status Sabah Sarawak Ke Wilayah Persekutuan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?