• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pendidikan Tinggi Percuma Di Sarawak Tidak Akibatkan Kenaikan Cukai

Oleh
Aina Musa
29 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pendidikan Tinggi Percuma Di Sarawak Tidak Akibatkan Kenaikan Cukai

Anak Sarawak bakal nikmati pendidikan percuma menjelang 2026

Pendidikan Tinggi Percuma Di Sarawak Tidak Akibatkan Kenaikan Cukai. Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak yang dijangka dilaksanakan pada 2026 tidak akan menyebabkan kenaikan cukai atau pengurangan di dalam pembangunan sektor-sektor lain, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata sebaliknya dasar itu boleh dipertahankan menerusi satu model kewangan kukuh yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam tahun-tahun sebelum ini , dan ini terbukti apabila Sarawak terus menyaksikan kenaikan pendapatannya beberapa tahun lepas.

Pendidikan Tinggi Percuma Di Sarawak Tidak Akibatkan Kenaikan Cukai. Sumber: Bernama

“Kami tahu pendapatan kami akan meningkat. Sarawak mencatatkan pendapatan sebanyak RM13.1 bilion pada 2023 … Keluaran Dalam Negara Kasar kami juga dijangka meningkat,” katanya kepada pemberita dalam satu wawancara menerusi aplikasi Zoom semalam.

Pada 22 Nov lepas, Dr Annuar dilaporkan berkata 25,000 penuntut Sarawak di negeri ini dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Okt lepas berkata pendidikan percuma di universiti serta institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak adalah untuk anak jati Bumi Kenyalang dan dijangka dilaksanakan pada 2026.

Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepadanya untuk menetapkan jangkaan itu oleh kerajaan negeri.

Baca lagi artikel menarik:

Sarawak Sedia Pendidikan Universiti Percuma Bagi 25,000 Calon Pelajar
PTPTN Terima RM90.42 Juta Dari Kerajaan Sarawak Bantu Lunaskan 30 Peratus Hutang Pelajar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Kekurangan Guru, Dr Annuar Galakan Guru Sarawak Kembali Berkhidmat Di Negeri Sendiri
Next Article Sungai Merabung, Trek Hutan Bagai Dunia Jurasik di Lahad Datu Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?