• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat

Oleh
Aina Musa
9 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat

Penduduk gesa pihak kontraktor patuhi spesifikasi keselamatan

Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat. Baru-baru seorang individu telah meluahkan kegusarannya di Facebook berkenaan kualiti kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan di sekitar Kampung Gita.

Dalam posting tersebut, individu terbabit menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan yang didakwa tidak diutamakan oleh pihak kontraktor.

Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat. Sumber: Facebook

Keadaan jalan yang tidak rata dan penuh lubang dikatakan menyebabkan kenderaan mudah rosak dan berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan.

Menurut posting tersebut, keadaan jalan di Kampung Gita sangat mendukacitakan terutamanya ketika waktu puncak pagi, tengah hari dan petang.

Laluan alternatif juga didakwa tidak selamat kerana tidak rata dan gelap pada waktu malam.

Selain itu, mesin dan jentera pembinaan turut diletakkan sembarangan sehingga menghalang pemandangan pemandu. Kawasan tapak projek yang sempit juga tidak diletakkan penghadang.

Posting individu tersebut telah mendapat perhatian dan komen daripada warga Kampung Gita dan orang awam yang lain.

Kebanyakannya menyokong dan turut meluahkan rasa kesal terhadap Pihak Berkuasa Tempatan dan kontraktor yang dianggap tidak cekap dalam mengendalikan projek berkenaan.

Individu terbabit juga menggesa agar pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemantauan kerja lapangan dengan lebih kerap dan menyeluruh untuk memastikan kontraktor mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Update:

Membalas aduan individu berkenaan, wakil rakyat DUN Tupong memaklumkan bahawa jalan berlubang di kawasan tersebut telah diturap manakala penutup manhole turut diganti baru.

Baca lagi artikel menarik:

37 Warga Asing Tanpa Pas Kerja Sah Di Premis Makanan Di Miri Ini Ditahan
Mahasiswa UMS Terpaksa Mohon Maaf Kepada Menteri KPT Kerana Tak Mandi

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mahasiswa UMS Terpaksa Mohon Maaf Kepada Menteri KPT Kerana Tak Mandi
Next Article Isu Larangan Khatam Quran, Ibu Bapa Pelajar Pelawa Sokongan Pengusaha Makanan Untuk Jayakan Majlis Isu Larangan Khatam Quran, Ibu Bapa Pelajar Pelawa Sokongan Pengusaha Makanan Untuk Jayakan Majlis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?