• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mahasiswa UMS Terpaksa Mohon Maaf Kepada Menteri KPT Kerana Tak Mandi

Oleh
Farisha
9 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Masalah air masih belum selesai meskipun telah menerima dana RM3 juta

Mahasiswa UMS Terpaksa Mohon Maaf Kepada Menteri KPT Kerana Tak Mandi. Semasa lawatan kerja pertama Menteri Pendidikan Tinggi baharu, Datuk Seri Zambry Abd Kadir ke UMS semalam, beliau disambut dengan lagu memohon maaf daripada mahasiswa kerana mereka belum mandi sewaktu kunjungan beliau akibat tiada air.

Mahasiswa juga memegang plakad bertulis ‘Kembalikan Hak Kami’ dan ‘Madani Untuk Siapa?’ bagi meluahkan masalah bekalan air.

Pada Mei tahun lepas, sewaktu lawatan Anwar ke UMS, beliau mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk menyelesaikan masalah air di UMS.

Anwar mahu laporan terperinci isu bekalan air di UMS

Susulan kejadian itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) masih belum selesai, walaupun kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta tahun lepas untuk mengatasi masalah itu.

Menurut sumber, beliau menyatakan kebimbangan dan mahu mendapatkan laporan terperinci mengenai perkara ini.

Mahasiswa UMS Terpaksa Mohon Maaf Kepada Menteri KPT Kerana Tak Mandi
Mahasiswa UMS Terpaksa Mohon Maaf Kepada Menteri KPT Kerana Tak Mandi. Sumber: sabahgazette

“Saya baca di media sosial, Menteri Pendidikan Tinggi telah disambut oleh mahasiswa UMS yang belum mandi kerana tiada air.

“Tahun lepas, sewaktu saya melawat, saya dengar aduan mahasiswa, lalu saya meluluskan RM3 juta. Jadi saya hairan, mungkin projek itu masih dalam proses.

“Saya mahu laporan teliti mengenai apa yang berlaku kepada peruntukan untuk menyelesaikan masalah air di UMS yang diluluskan oleh Menteri Kewangan,” tambah Anwar lagi menerusi laporan.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan UMS:

Tangki Air Kolej Kediaman Di UMS Tercemar, Dipenuhi Ulat Sampah Hidup
YB Khairy Jamaluddin Jadi Wakil Kerajaan Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Veveonah Di UMS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bincang Hak Autonomi Penuh Sektor Kesihatan
Next Article Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat Bahaya Dan Menyesakkan, Penduduk Gesa Projek Selenggara Jalan Di Kampung Gita Dipercepat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?