• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penduduk Matang Jaya Luah Rasa Risau, Kawasan Perumahan Dilanda Banjir Kilat

Oleh
ILB - AI
17 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hujan berterusan punca banjir kilat

Penduduk Matang Jaya Luah Rasa Risau, Kawasan Perumahan Dilanda Banjir Kilat. Hujan lebat pada petang Sabtu telah menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan perumahan di Matang Jaya.

Rata-rata orang ramai membuat aduan secara dalam talian, yang mana sebilangannya kecewa dengan sistem perparitan yang teruk di kawasan tersebut walaupun hanya mengambil masa beberapa jam untuk banjir.

Video turut dimuat naik ke laman Facebook, menunjukkan sebuah kereta mengharungi air banjir di lorong perumahan Matang Jaya 1 di kawasan itu.

Kawasan Perumahan Matang Jaya Dilanda Banjir Kilat, Penduduk Luah Rasa Risau
Penduduk Matang Jaya Luah Rasa Risau, Kawasan Perumahan Dilanda Banjir Kilat

Banjir cecah kedalaman satu kaki

Katanya banjir di kawasan berkenaan sudah mencecah kedalaman satu kaki di sepanjang lorong perumahan tersebut akibat hujan berterusan bermula petang tadi.

https://www.facebook.com/SarawakRoadsUpdate/videos/1108652706412136/

Menerusi ruangan balas hantaran di laman Facebook tersebut, ada yang mendakwa kawasan berkenaan berada di paras rendah menyebabkan banjir senang berlaku.

Bahkan ada juga berkongsi pengalaman bahawa sewaktu banjir yang berlaku sebelum ini telah merosakkan beberapa buah kenderaan di kawasan tersebut sehingga ada yang tersadai di tepi jalan menunggu banjir untuk surut.

Kawasan Perumahan Matang Jaya Dilanda Banjir Kilat, Penduduk Luah Rasa Risau
Kredit: FB SRU
Kawasan Perumahan Matang Jaya Dilanda Banjir Kilat, Penduduk Luah Rasa Risau
Kredit: FB SRU

Sering berlaku banjir di kawasan Matang Jaya

Kejadian banjir di Matang Jaya ini bukanlah pertama kali berlaku, malah pada tahun 2017 dan 2020 pernah berlakunya banjir kilat bukan hanya di kawasan perumahan, malah di kawasan komersial juga turut terkena tempiasnya.

Sehingga kini, tiada penyelesaian untuk isu banjir ini dek kerana kealpaan pihak berwajib untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna dan juga tapak pembinaan yang banyak di kawasan tersebut.

Kawasan Perumahan Matang Jaya Dilanda Banjir Kilat, Penduduk Luah Rasa Risau
Keadaan banjir di Lorong 1 Matang Jaya. Kredit: FB SRU

Lagi cerita menarik di sini:

Patutlah Cepat Habis, Gelagat Budak Kantoi Rembat Susu Adik Buat Ramai Terhibur
Dilabel Sarang Maksiat, Individu Luah Realiti Sebenar Kehidupan Di Universiti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kereta Terjunam Dalam Parit, 2 Lelaki Nyaris Maut Sempat Diselamatkan Bomba Di Bintulu
Next Article Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Polis Ditangkap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?